
kelakar lah photo ni sebab.......haha eh takde kaitan pun dgn saya, sumpah ;P
bump saya sudah terserlah. kalau dari tepi perut ke timur, punggung ke barat.
haritu masa 3 bulan lebih, saya pergi ke spa yang saya selalu kunjungi,
beautician saya (tak larat ade beautician) kata
- never in my life perut flat kecuali skrg ketika 3 bulan hamil T_T'yenadey betul ke u pregnant, u tipu ke, apsal perut
flat?'
manakala suami juga kata 'betul la perut awak kecik sangat...'
maka hati ini sudah risau. dan risau.
so tanya lah mak. mak cakap
' hey untunglah perut kecikk..karang kalau besar nanti- sgt tepat makku..u know me too well
mesti kaklong
ckp..kalau 3 bulan besar ni nanti 9bulan nak besar mana
lagi!..'
maka saya pun gembira dan menerima keadaan ini.
minggu lepas anakku sudah keluar dari persembunyian, kerana ade seorang hamba Allah menawarkan tempat duduknya kepada saya di dalam tren LRT. bercampur baur perasaanku. kerana selama ini saya kan perempuan besi dan sombong. walaupun berterima kasih saya ada rasa helpless sekelumit. ingat tak entry saya dulu2 hahaha
beberapa perkara juga terjadi seperti jatuh terduduk di surau midvalley, masa tu saya nak membeli belah seluar ibu mengandung di Jusco. Alhamdulillah takde apa yang dirisaukan berlaku.
beberapa perkara yang diperhatikan:
- kadang2 terasa sengal di tempat berbeza pada perut. ini mungkin yang dikatakan round ligament pain, atau dr maktam kata 'your ovary / tummy adjusting tu'
- selera makan sudah kembali with a vengeance, tetapi tidaklah teruk sangat. saya masih tak mampu menelan mi goreng dan yang sewaktu dengannya. nasi juga cuma sehari sekali memadai. kadangkala tak habis. tetapi cepat lapar. jadi mungkin baby suka small healthy meals 6 times a day. jadi saya cuba jadualkan sayuran, buah2an, dalam 6 kali tu. pandai la baby ni ikut cakap JM :P. selain itu saya juga dah mula minum air zam zam. nk beli kurma dah habis, x beli2 lagi..haiya.
- kuat tidor. sesajala kan nak salahkan kehamilan sebab asik nak tidurrrr sahaja. asal dalam kereta je dpt aircond sikit tidor, dalam tren tidor, habis makan tengok TV tidor, lepas mandi nyaman- nyaman sikit tidor, haiyohhh apa nak jadi
- eczema yang agak teruk. selalu saya pakai elomet (steroid based) cepat je baik dia. tapi sebab hamil saya elakkan. maka eczema ni makin teruk!..kadan2 gatal dia rasa nak potong je tangan (nasib kt tangan saja). so suami saya belikan gamat healing Derma X. setakat ni ade perubahan sikit je la
- nak minum kopi nak minum kopi nak minum kopiiiiiiiiii..waaaaaaaaaaaaa. tp tak bole
bercakap pasal seluar maternity dan sewaktu dengannya. sejak 2 minggu saya dah mula memakainya. kenapa tak ada siapa cakap seluar maternity adalah sangat selesa, pasti saya akan memakainya dari dahulu lagi. terdpt pilihan- pilihan yang murah juga dekat jusco. lagipun buat apa nak mahal. bukannya lama pun nak pakai. (yeke)
sebut pasal baju, banyak baju lama yang masih boleh muat lagi, sebab saya kan memang category L. T_T tetapi saya terasa makin selekeh pula. saya mmg tak boleh terima baju2 gaun pregnant bertali di belakang dan yang sewaktu dgnnya. commonlah kita hamil bergaya bukan potato sack (sorry!) ..so sekarang saya beli saja baju biasa yang berkenan, tanpa memikirkan masih boleh muat atau tidak lagi 2-3 bulan. banyak juga potongan moden skrg yang sesuai dipakai oleh org hamil. nanti bila dah besar sangat kita cari cara lain. tetapi sekarang azamnya adalah 'Say No to SLOPPY PREGNANCY'
1 comments:
hari tu memang pikir macam kak syaa gaks, tak nak pakai baju pregnant2 ni... tapi, my sister in law cakap, bangga apa dapat pakai baju pregnant?waktu ni je boleh pakai baju tu nye.. hehe
Post a Comment