Wednesday, June 02, 2010

cerita sedih (baca sampai habis)

azmi (bukan nama sebenar) adalah seorang graduan muda diploma IT. dia baru sahaja mula bekerja di organisasi saya hujung tahun lepas. IT department ni terletak beberapa langkah sahaja dari department saya. maka saya selalu juga berbual kecil dengannya. pada pengamatan saya, azmi seorang budak yang baik, boleh diharap, sopan, pendiam dan tak banyak kerenah. selalu juga terserempak dengannya sewaktu beliau dalam perjalanan ke surau yang terletak di belakang bangunan pejabat ini. semasa parti krismas anjuran bos besar tahun lepas, kami ada upacara pertukaran hadiah. azmi membelikan rakan saya sebuah buku agama popular yang bertajuk 'La Tahzan' (jangan bersedih). agak lain pilihannya berbanding kami yang lebih suka memberi barang- barang hiasan rumah dan sebagainya.

Azmi orangnya pendiam, tetapi apa juga kata- katanya pasti yang baik- baik sahaja. melihatkan umurnya yang baru mencecah 24 tahun, kami selalu melihatnya sebagai pemuda yang mempunyai masa depan yang cerah.

beberapa bulan lepas, Azmi ditimpa malang kerana ibunya jatuh di dalam bilik air lalu dimasukkan ke hospital Ampang puteri, dan kedengarannya agak kritikal. selepas bercuti beberapa hari, beliau kembali ke pejabat dan memberitahu ibunya masih belum sedar. kami tidak berkesempatan hendak melawat, apabila 2 minggu selepas itu, beliau pulang dalam keadaan tergesa- gesa dan berkata bahawa ayahnya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Kami amat terkejut kerana dari sumber ceritanya ayah nya terlibat dalam kemalangan di Paris semasa lawatan kerja. mengetahui keadaan ibunya yang terlantar dan ayahnya yang telah meninggal, kami di pejabat menyampaikan sms takziah dan sokongan kepada anak muda malang ini.

2 minggu berikutnya, azmi sekali lagi terkocoh- kocoh pulang dan sms disampaikan kepada bosnya mengatakan ibunya telah menurut jejak ayahnya. kami sangat sedih untuknya. bayangkan dia kehilangan 2 orang tersayang dalam masa yang singkat. ceritanya kondisi ibunya merudum sejak diberitakan tentang pemergian ayahnya. ibunya tidak dapat menerima keadaan lalu menyahut panggilan ilahi.

tinggallah azmi bersama 3 orang adiknya. dia anak yang sulung, tetapi punya adik perempuan yang baru 2 bulan berkahwin sebelum kematian ayahnya. sekarang dia harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan adik- adik. adiknya lelaki yang bongsu masih di tingkatan 2 sangat rapat dengan arwah ayahnya. hari- hari awal kematian ayahnya, menurut azmi, adiknya masih menyediakan minuman panas milo untuk ayah setiap pagi. dia akan marah jika sesiapa minum kerana katanya itu adalah untuk ayah. luluh jiwa mendengar cerita- cerita anak yatim ini.

minggu berikutnya saya terserempak dengan azmi di pejabat. wajahnya semakin cekung dengan mata yang berair kemerahan. saya hairan apa yang dibuatnya di sini. bukankah dia sepatutnya bercuti untuk meredakan kesedihan akibat pemergian kedua orang tuanya. katanya adik- adiknya sekarang sudah dipindahkan ke melaka supaya dijaga oleh pakciknya. hanya tinggal dia seorang di bangi, rumah tempat dimana mereka sekeluarga tinggal.

' saya tak sanggup nak tengok barang- barang di rumah tu, peninggalan arwah
berdua, saya boleh jadi gila'...kata azmi dalam keadaan sebak menahan
tangisan.

saya pun sebak juga dan memberikan kata- kata semangat. apa lagi saya boleh lakukan.

azmi diberi cuti 3 minggu untuk menguruskan keluarga dan mencari kekuatan.

setelah kembali, beliau seperti biasa, dan mungkin harus teruskan kehidupan demi adik- adik.
minggu lepas, saya mendapat kabar dari bos azmi yang adik bongsu nya meninggal akibat pendarahan dalaman selepas pergaduhan di sekolah. kabarnya dari rakan di HR, adiknya ditukarkan sekolah kembali ke Bangi dan mungkin diganggu sehingga terjadinya pergaduhan yang meragut nyawa.

Allah, apa lagi lah ujian yang hendak Kau turunkan kepada si Azmi yang tidak berdosa itu. saya ceritakan kisah Azmi kepada Mak juga. tiada siapa yang tidak simpati bila saya kisahkan cerita duka bertimpa yang dialami Azmi.

setiba saya di pejabat esoknya, saya lihat gadis- gadis berbaju kurung sudah bersedia untuk ke melaka melawat keluarga azmi. mereka bertanya jika saya mahu turut serta, saya menolak baik dan menyampaikan salam kepada keluarga azmi. tetapi setelah 3 jam saya lihat rombongan ini masih di pejabat dan cuma berkata 'ada sesuatu berlaku' bila saya tanyakan kenapa tak jadi pergi.

saya sangat curious dan terhidu sesuatu.

kisahnya saya ketahui pada petang itu, hasil siasatan seorang teman baik. gadis di bahagian sumber manusia menelefon adik perempuan azmi sebelum mereka memulakan perjalanan untuk bertanyakan alamat. adiknya terkejut bila mendengar berita ayah, ibu dan adik bongsunya diberitakan meninggal sedangkan tiada siapa pun meninggal katanya. dia mengesyorkan supaya menghubungi ayah mereka (yang sepatutnya sudah mati di Paris). Maka laili (HR - bukan nama sebenar) pun menghubungi 'arwah' dan telefon berjawab. ayahnya diberitahu mengenai penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh anak lelakinya.

bila segalanya sudah terbongkar, kami amat terkejut! apa sebenarnya tujuan lelaki ini memperdaya kami semua mengenai kematian ahli keluarganya? kami sangat merasa tertipu walapun tiada wang yang dicuri. sebenarnya ada, apabila pejabat membuat kutipan kami tanpa berat menderma puluhan ringgit untuk membantu azmi. tetapi kenapa azmi sanggup mengorbankan gaji yang ribuan RM untuk duit derma ihsan, dan nama yang buruk terpalit?

pada saya, anak muda ini mungkin menggemari penipuan dan mahu menguji sejauhmana keberkesanan penipuannya. dikaburi dengan imej alim pendiamnya, azmi memang berjaya menjadi con-man. dialah con-man pertama yang saya jumpa tanpa syak wasangka langsung.

beliau dibuang kerja serta merta dan diminta memulangkan wang yang diambilnya hasil derma ikhlas orang ramai. dalam pada itu sempat dia meminta gaji akhir (tak malu), belas kasihan. tetapi tidak dipenuhi kerana beliau bukan sahaja menipu dan mengambil cuti panjang, tetapi juga mengambil wang derma.

apa lah nak jadi orang melayu islam, sedih OK

5 comments:

The Rambler said...

Ya rabbi... giler awal2 baca tu aku sedih siotttt... cis!

icE said...

weh mana taknya..aku pun emosi siot..mmg kena cekik kalau aku jumpa mamat ni lagi

@mn4ever98@ said...

lor gitu endingnye...awalnye sgt sedih +terharu. tapi x sukela imej yg baik itu disalahgunakan.nt semua org ingat org alim+baik+ke surau itu mcm itu..sgt tak sukee..hmm.

Anonymous said...

somehow, coming from a medical background, i have a feeling this guy could have some underlying psychiatric problem. hmm...

akmal said...

Haha, Mal pernah jupe sorang budak macam neh kat uni dulu, dia tipu satu batch pasal dia dapat offer pegi oversea, sanggup photostat and superimpose offer letter then letakkan announcement board, then wat kenduri kecil2an antara batch untuk doakan keselematan dia di sana.. dia juga selepas itu, berkemas2 barang untuk kluar dari uni masa itu, kami smua datang tolong packing..then awal2 tu plak, ngaku dia datang dari SBP, and klakarnya ngaku Akmal neh satu sekolah ngan dia...

Ending nyer, tempelang dia pecah, kitaorang call tanya mak dia.. mak dia cakap dia tak dapat mana2 offer oversea pun.. satu batch pegi serang bilik dia.. brainwash dia.. dia ngaku salah, nangis2 lagi.. then afer that semester ends, dia mintak tuka course, wat IT, then terus ilang tanpa berita..

dengar2 kata, dia masih menipu batch yang lain.. iskk