selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pembaca- pembaca blog ais ni. best tak berpuasa? semoga dapat menggunakan masa yang sibuk dan suntuk dengan urusan dunia untuk beribadah kepada-Nya kerana ganjaran di bulan ini berganda- ganda lebihnya berbanding bulan biasa. suasana nya juga berbeza kan.
saya juga memohon ampun kerana mood penulisan saya akhir- akhir ini agak negatif hehe. semoga saya kembali menjadi lebih positif sihat dan ceria. di kala ini saya sedang melawan perasaan kantuk di pejabat, maka saya rajinkan diri untuk menulis buat tatapan pembaca budiman.
sayugia, saya sudah pun masuk ke bulan ke lapan kehamilan. 34 minggu! tak sangka perut yang dulunya kecil sudah menjadi besar mashaAllah. bayi juga di saat ini sedang mengetuk- ngetuk dinding perut, mungkin hairan ibunya sudah 2 kali 'miss soru'. sudah dipesan kepada baby, ibu mahu berpuasa sebulan ni nak, izinkan ya.
hairan orang- orang barat di pejabat saya ni pabila melihat saya mahu berpuasa di kala kesaratan sebegini rupa. saya pula serba salah tidak mahu dikatakan Islam itu tidak fleksibel malah kejam apabila ibu yang hamil begini juga disuruh berlapar dahaga. ada pula yang membangkitkan isu hak asasi kanak-kanak, malah ada juga yang 'tolong' googelkan dalil utk saya berbuka puasa . oh nooo...walau berapa ratus kali kukatakan yang saya ini masih kuat dan tabah berpuasa mereka masih belum berpuas hati kerana bagi mereka saya harus memastikan anak yang sedang membesar ini mendapat nutrisi secukupnya.
jika difikirkan Allah tidak akan memfardhukan puasa ini kepada semua orang dan memberi kelonggaran apabila diperlukan jika tubuh manusia yang diciptaknanNya tidak dapat menanggung kewajipan ini, tetapi haruslah mengikut sunnah yang telah diaturkan (e.g lewatkan bersahur , awalkan berbuka). Perempuan mengandung tidak tergolong dalam golongan yang diberi kelonggaran kecuali dia risaukan kesihatannya sendiri. tetapi bila berasa lemah dan perlu iftar, maka hukum rukhsah yang terjatuh padanya adalah seperti hukum rukhsah untuk orang yang sakit. hujah ini pun sebenarnya tidak sesuai dibangkitkan kepada non-believers. so saya cuma berdiam diri je tak bercerita sgt tentang ibadah yang saya sedang jalankan, dan saya sembunyikan juga wajah- wajah letih dan tidak bermaya supaya tidak diganggu dengan persoalan- persoalan berikut drp mereka.
ohh sepanjang bulan puasa ini dapur saya memang berasap2..lebih berasap dari bukan bulan ramadhan..alhamdulillah pejabat melepaskan kami jam 4 petang, maka sempatlah sampai ke rumah jam 5 lebih. by this time, saya dah pandai rancang, apa nak masak, dan ada sesetengahnya saya sediakan bahan semasa hujung minggu. contoh hari ini kami nak makan soto ayam. ketupat dan ayam dah pun siap rebus semalam. balik karang tinggal buat cili, dan bergedil. mudah kan??!..hati lebih gembira dan puas pabila berbuka puasa dengan mknn dari air tangan sendiri.
mungkin ada baiknya blog saya ni jadi domesticated.blogspot tajuk dia (matiler tiba2 nak tukar)
hujung minggu juga dihabiskan dengan membeli barang- barang bayi seperti botol susu, melihat keperluan jamu, dan membasuh baju- baju baby yang baru. bila melihat baju- baju cute, lampin, tuala bersidai untuk dikeringkan hati ini rasa bercampur baur, gembira, sayu, tak sabar, nervous dll. hehe.
oklah lepas ni i post resepi masakan saja lah yer, atau stok EBM..hehe. from a jetsetter(konon) to a domesticated mom. i'm ready..
0 comments:
Post a Comment