Friday, December 19, 2014

5 cara nak buka selera makan orang tua yang sedang sakit

Atok saya, dah 88 tahun umurnya. Selama ini kami sangat kagumi kesihatan atok. Setiap waktu solat atok akan ke surau untuk berjemaah. Atok kitorang memang jarang sakit sakit ni. Sentiasa kuat walau semakin dia berusia dia makin senang tertidur tidur, dan lemah.

Baru baru ini kesihatan atok makin merosot. Ada beberapa kali masuk hospital sebab demam, sakit kaki dan sebagainya. Tapi atok kami ni pandai sorok- sorok sakitnya.

Minggu lepas atok hilang selera makan. Satu makanan pun tak boleh masuk tekaknya. Atok mula lemah lemah. Kami ni memang risau lah kan. Abah yang menjaga pun macam buntu nak kasi makan apa. Atok makan buah sikit2..tapi kalau nak suruh makan nasi ke bubur ke memang tak boleh masuk.

Selalunya bila dah tak sihat, makin tak sihat lah bila takde zat yang masuk dalam tubuh. Paling penting sekali bila takde selera ni kena lah makan makanan asas yang beri tenaga kepada tubuh. Kalau tak ia akan terus jadi lemah dan lemah.

1. Teman mereka makan. Makan ramai ramai
Ini juga sama dengan atok saya lagi seorang yang juga 88 tahun umurnya. Kalau takde yang teman makan memang lah susahhh dia nak makan banyak. Bila meriah ramai- ramai tahu pula dia bertambah. Orang tua macam ni lah, rasa kesepian tu memang mengganggu selera makan

2. Kasi minum banyak air
Selalunya dehydration akan menyebabkan mereka kurang selera makan jugak. Bila dehydrate badan memang terusan jadi lemah. Tu yang terpaksa check in hospital untuk "masuk air". Sebab minum pun dah tak larat. Shaklee ada minuman elektrolit yang memberikan penghidratan pantas kepada tubuh iaitu Performance Drink. Yang ini datang dalam bentuk serbuk, dan cuma bancuh sahaja. Rasanya tu sangat menyegarkan kalau dibancuh dalam air sejuk. Rasa oren yang masam tapi hilang dahaga terus..

Performance Drink yang sangat best dinikmati waktu cuaca panas

3. Snack on fruits
Belilah buah buahan yang atok suka. Abah belikan pisang, anggur untuk atok makan. Makan sikit2 lah. Buah kan ada glukos semulajadi, air, dan serat yang sangat bagus lagi2 waktu sedang tak sihat ni.

4. Berikan "makanan dalam bentuk cecair" yang mudah diconsume- Seperti Shaklee Meal Shakes
orang tua sakit
hope Atok punya selera akan bertambah
Bila atok dah tak nak terima solid food, saya fikir mungkin makanan tambahan yang dalam bentuk cecair seperti Meal Shakes boleh membantu. Keadaan atok yang dah taknak makan apa apa akan menjerumuskan atok ke dalam kitaran yang makin lemah makin tak bermaya tiada nutrisi. Meal Shakes mempunyai kalori yang cukup, nutrisi yang seimbang dengan 28 jenis vitamin dan mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan untuk tubuh yang sedang "nutritional challenged". Ini termasuk lah orang sakit, orang tua, kanak kanak dsbnya. Nanti bila dia sihat sikit dengan nutrisi yang cukup, InshaAllah seleranya pun sihat kembali nak makan makanan2 biasa.

5. Snack dengan kalori tinggi juga fun!
Apa kata belikan mereka aiskrim yang sejuk, manis dan berwarna warni. Atau juga kek yang lazat..coklat, yang boleh berikan mereka glucose boost dari keadaan yang agak lemah. Sambil tu boleh menjamu selera beramai ramai, supaya mereka lebih gembira dan selera makan terus bertambah.

Cuba lah!

Aishah | Shaklee Independent Distributor 908079 | aishah.amin@gmail.com | 0122727995

7 comments:

  1. tips teman diaorang makan tu memang betul. kalau saya pun makan sorang-sorang tak ada selera, ni kan pulak orang2 tua.

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow! Thank you for the sharing... ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. mendapat tips membaca entry aishah ni.. moga sukses selalu :))

    ReplyDelete
  4. Bagus tips ni. Yang no1 tu memang saya setuju. Orang2 tua ni kalau ramai yang menemankan mereka makan, makin berselera :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih ke blog Etuza ya..mari sama2 followe ya ..

    ReplyDelete
  6. terima kasih ke blog Etuza ya..mari sama2 followe ya ..

    ReplyDelete
  7. mereka perlu puji teman dan kata baik2 moga cepat sembuh hendaknya nanti :)

    ReplyDelete

komen di sini!