Tuesday, December 23, 2014

6 tabung untuk mengurus duit lebih baik

harini kita belajar sistem balang


Sejak berkecimpung dalam bisnes ..baru saya paham konsep orang jadi millionaire. Mati ler dulu saya ingat mereka cuma bergaji besar setiap bulan. Oh rupanya tidak. Malah lebih dari itu. Income yang besar cumalah sebahagian dari kekayaan mereka. Dan saya mula faham, kalau kita mula dapat duit banyak, bukan bermaksud kita boleh spend terus banyak banyak. Orang miskin je buat gitu. Padanlah ramai orang kaya sementara. Bulan tu dapat RM100K ..bulan depan kayap balik..no no no..
Hehe baik la korang dapat RM2,000 setiap bulan selama 10 tahun daripada RM100,000 sejelepuk lepas tu kayap..betul ke betul??

Antara rules nak jadi Jutawan:

1. Delayed Gratification
Masa baru2 dapat income bisnes -- invest dan saving dulu. Bukan terus buat downpayment kereta mahal. Income harus akhirnya jadi residual (berlebih- lebih)..kemudian mula pasif. Haa lepas tu baru boleh cerita pasal X6 ke Range Rover Evoque ke..huhu

2. GIVE
Belajar memberi. Allocate % income untuk sedekah, derma ..yang wajib seperti zakat tu memang tak boleh tinggal la. Before you raise your standard of living, raise your standard of giving!

3. Belajar urus duit
Ni bab yang saya memang clueless.. patut nya belajar sejak makan gaji lagi tau. Patut lah duit asyik tak cukup. Sebab fail bab mengurus kewangan. Masa saya sertai kursus Millionaire Mind Intensive tahun lepas, mereka ajar tentang 6 tabung Jutawan.

bijak urus wang
Ini lah 6 tabung jutawan


A. TABUNG FINANCIAL FREEDOM - 10%
Ha ini tabung yang sangat penting. Dia panggil tabung ni Mother Goose punya tabung. Dia akan stay banyak tu tapi dia akan beranak telur emas. Jangan bunuh dia ni sebab lagi lama kita biarkan ibu angsa hidup, lagi banyak telur emas dia hasilkan. Ini lah tabung untuk invest..duit ni takkan hilang tapi dia akan menghasilkan dividen- dividen, bonus bonus..ia berkembang biak. Imagine kita ber income RM10,000 sebulan. RM1,000 masuk investment. SETIAP BULAN. Ada banyak tempat boleh diversify macam dalam ASB, Tabung Haji, EPF, Unit Trust. Atau juga Aset yang meningkat nilainya seperti hartanah.

Ni yang diorang kata jangan letak telur anda dalam satu bakul sahaja. Dont depend on single income, make a second income. Bukan pergi cari kerja lagi satu..tetapi income dari pelbagai sumber.

Jangan letak semua telur dalam satu bakul!!


B. TABUNG SIMPANAN JANGKA PANJANG / LONG TERM SAVING FOR SPENDING - 10%
Yang ini pula tabungan untuk pembelian besar. Contoh macam nak buat downpayment rumah, downpayment kereta, nak beli perabot, nak buat wardrobe. Boleh juga pecahkan tabung ini jadi dua ..buat 5% setiap satu :)

C. TABUNG KEPERLUAN (NECCESSITIES)- 55%
Ya ...kat sini segala mak nenek installment, loan, credit card, groceries, bil telefon,letrik, air, Unifi, astro, jatuh kat sini. Baju, shawl, spender, tuala, telekung sekalian lah.. Cuba tengok tabung korang sekarang. Ada lebih 55% tak?..kalau terlebih, mungkin kena guna kaedah cut back. Jimat mana2. Setakat ini NEC kami ni 60-70% sebenarnya. So kita tau la kita kena potong sana sini, mcm astro cari pakej yang jimat combine dengan internet ke..kurangkan bil letrik ke, dan saya pula lepas exercise kira2 ni..insaf bahawasanya saya belum layak shopping shawl dekat Sugar Scarf dan Alhumayra Contemporary selagi saya belum boleh turunkan spending lain jadi 55%...waaaaaaa

D. TABUNG SEDEKAH/ZAKAT - 5%
Mula dengan 5% la. Zakat yang wajib tu kan 2.5% dari income, Yang ini saya first asingkan dan bayar kepada Pusat Zakat. dan selebihnya boleh buat sedekah. Saya punya cara, 2.5% sedekah ni saya bahagi 30, dan saya akan dapat jumlah berapa saya harus memberi setiap hari. Contoh RM10 sehari kan. Jadi saya akan sentiasa mencari peluang untuk memberi setiap hari. Ini habit yang saya cuba pupuk dalam diri..Dan InshaAllah anak2 juga. Habit giving ni bukan datang terus untuk orang yang dulunya sering kering kontang macam saya..uhuk...Kena juga didik diri dan didik hati..The more you give the more you get. THIS IS THE MOST IMPORTANT TABUNG!

E. TABUNG PELAJARAN / EDUCATION - 10%
Ini adalah tabung untuk improve diri. Tak kisah lah dari segi apa. Mungkin seminar agama macam Twins of Faith ke K-Fiqh ke, atau Seminar Dr Azizan ke, atau buku buku bacaan ke. Harus bertegas ya dengan 10% ni ..sebab kita sangat perlukan self development untuk berjaya. Jangan bodoh sombong ya..Lagi banyak kita punya income lagi besar tabungan ini. Mungkin kalau bisnes macam saya, saya boleh hadiahkan kepada downlines. Ilmu adalah hadiah paling tak terkira nilainya.

F. TABUNG PLAY!!! - 10%
Tabung paling best atas dunia. Apa guna berincome 100K kalau semua masuk saving dan tak dapat menikmati rasanyaaa. Come on.. We are not that innocent. I would want 50 shawls, 30 jubah muslimah, one niceeeeeee Evoque, and spa treatment everyday. Dan allocate 10% tu justtt nice. Oh Tabung ini ada RULE. YOU MUST BLOW IT EVERY MONTH. Make it zero again every end of the month. How is that going to happen? If my income after tax is RM600? yes, you get RM60. Apa yang boleh PLAY dengan RM60? satu facials dekat spa. nice kan?
Imagine bulan depan income bertambah jadi RM1000, you get RM 100 to play with. Dah dapat dinner dekat KL Tower (sorang2? huhu)..

trip morocco
Morocco, aku datang bila tabung PLAY ku RM10K pada 2016 :)

Imagine one day your income is RM100K a month...what wd be your 10K worth of PLAY? mine would be a 5-star trip to Morocco & Spain..weeee..just finish it off that month. Tiba2 teringat time bujang dulu travel sorang2..haa kalini cukup untuk travel sekeluarga InshaAllah!
So Tabung ni adalah motivasi untuk anda bekerja lebih keras to earn more PLAY allowance for yourself..kan???

So itu lah ke enam enam tabung Jutawan. Ia dapat beri kita ketenangan dalam mengurus selia duit kita. Ingat, mula dengan duit yang sikit..InshaAllah tak ada masalah nak urus duit yang besar. Bila pandai urus duit, duit pun suka je nak datang banyak dan banyak lagi..InshaAllah

Amiinnnnnnnn

7 comments:

  1. terima kasih :) Ayie Abas

    ReplyDelete
  2. dah nak start kira kira dah. harus saving dis month ikot kaedah ni. good info good sharing master

    ReplyDelete
  3. Baru betul2 faham konsep ni. Thanks pencerahan ni kak!

    ReplyDelete
  4. semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkannya!

    ReplyDelete
  5. kak Aisyah thankssss!! adoii kne buat kire2 blk ni.. rs cam tabung play je dah 50% huhu

    ReplyDelete
  6. kalau dah berkeluarga wajib ada tabungnya heee...senang nak buat plan kemudian hari

    ReplyDelete

komen di sini!