Wednesday, December 17, 2014

Kacang Pool Haji yang best - JB

Actually saya suka gak hidangan Kacang Pool ni. First sekali saya makan adalah di rumah sahabat saya yang berketurunan Arab di Singapore. Masa tu tahun 2012 kot, saya bawa suami dan anak ke Singapore untuk ikut saya bermeeting. Masa tu memang first time makan. Kawan saya ni sungguh2 ajak datang dan hidang saya complete set kacang pool. Dia ajar macamana makan dia sebab dia letak semua bahan2 dia secara berasingan. Bawang, cili, telur, kuah kacang nya, rotinya..mcmana nak gaul..Arab style..kira was a good introduction. Memang tak pernah dengar lah dish ni sebelum tu...

Lepas tu baru la terdengar pasal hidangan ni disebut sebut.  Ku ingat masyarakat Arab Singapore saja yang buat. Rupa rupanya ada di Johor juga..aha..of course ku mahu lagi.

Khamis lepas kitorg saja pergi JB ikut suamiku bermeeting di sana. Dan merasalah Kacang Pool Haji yang diperkata orang. Ia terletak di sebelah Balai Bomba Larkin dekat kawasan macam food court. Kecik aje stall nya. Haritu kami tengok diorg dpt coverage Majalah 3. Tokey nya tu berkahwin dengan Aktres Wan Maimunah ..tapi sebab nampak cam best teringin la balik tekak ni dok teringat pekena Kacang Pool dekat Bedok Reservoire..
Rupa gerainya

So ni dia
kacang pool
roti dia best..kacang dia best..nyumm


Verdict : OKlah..tak sesedap Kat&Family punya ..tapi roti dia memang best sebab pakai homemade. Semangkuk RM5. Takde la kenyang sangat makan tu. Kalau tengah kebulur tu kena order dua mangkuk baru settle haha.. (jangan percaya tekak ibu menyusu)..Cuma kedai dia tu kecik bebeno ..kalau ikut masyhur dia dah boleh bukak kedai besar lagi. Dan kebersihan dkt kawasan food court tu memang agak kureng lah..kalau la tempat tu bersih lagii..huhu
BTW, sebab ku masih lapar lepas semangkuk Kacang Pool, kami order nasi goreng ayam .yang ni sedap oi..gerai dia gerai sebelah. So kalau nak kenyang dan puas -nafsu gorrilla- sila la order sekali nasi goreng ayam gerai sebelah.

Sekian Review Kacang Pool..Next nak masak sendiri tengokk haha

9 comments:

  1. salam, pernah makan kacang pool, sedap gak :)

    ReplyDelete
  2. pagi...awak klu nak thu pasal tudung butterfly yng saya jual jangan lupa contact saya..:)

    ReplyDelete
  3. kacang pool yg dimasak pelbagai ni xpernah rasa...kacang pool yg direbus sedap juga.

    ReplyDelete
  4. Belum pernah lagi makan kacang pool ni...tapi macam menarik jer untuk dicuba. Kena cari ni...kat KL ade ke?

    ReplyDelete
  5. pertama kali cuba kacang pool di JB, terus suka nak lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  6. pertama kali cuba kacang pool di JB, terus suka nak lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  7. pertama kali cuba kacang pool di JB, terus suka nak lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Mmg sdp roti kcg pool ni..penah la try buat, nak kata rase sbjik tu xla, tp ade la rase sipi sipi..hahaha..sy ade share kat blog saya resepi tu

    ReplyDelete

komen di sini!