Hehe..tajuk dia pun.
Masa saya mula mula start bisnes, saya sangat naive. Saya ingatkan saya boleh happy happy jual jual barang ..cari idea buat promo, seronok jadi kreatif..seronok lawan- lawan post status dengan sidelines. best sangat cabar diri sendiri blogging 3 kali seminggu..hebat sangat blogwalk sampai nak kasi hits atas seratus tiap hari..Seronok tau cakap "this is my card" dekat strangers dalam LRT. Seronok OK bila orang order Alfalfa lepas nampak beg National Conference Shaklee yang saya jinjing merata rata..Saya ingat kan semua ni seronok-seronok ja kemudian nanti dapat bonus besar besar belaka..I mean saya tengok yang dah berjaya dalam bisnes semuanya gembira aja..order Porsche, beli rumah besar cash..travel first class pergi Europe semata mata nak beli Chanel Boy..SEMUANYA HAPPY!
Mana saya tahu ..rupanya tak semua yang sms saya tu sebenarnya nak beli barang. Rupanya dia tanya2 sebab nampak macam kita ni tahu pasal vitamin, lepas tu dia beli dengan jiran dia. NANGIS seround..Mana saya tahu ada yang dah bayar duit nak beli 4 kotak kolagen, esoknya telefon minta duit balik sebab rasa tak maulah "bazir duit",..NANGIS 3 ROUND..Mana saya tau..ahli keluarga saya sendiri UNFRIEND saya di Facebook sebab tak gemar dengan status status promo saya..NANGIS BERBULAN BULAN. Mana saya tahu kawan ni dia kata dia nak jadi Master, so saya support dia, bersengkang mata coaching ..prepare bagai..rupanya bila bisnes susah sikit, nak kekal Supervisor pun tak sudi..NANGIS LAGI.
Wahh banyak episod nangis rupanya ke???
Saya teringat hari pertama saya lepas saya announce saya ni Shaklee Independent Distributor, Januari 2013. Kawan ni saya panggil Cik BB la ya..dia nak beli 2 jenis vitamin. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu over the moon nya mak..sanggup ambil LRT waktu lunch pergi branch Sri Rampai (dari Bangsar)..jalan kaki lagi dalam panas nak beli Vitalea dan B Complex. SKIP LUNCH lagi ..seronok punya pasal. Lepas seminggu calling2 ko nak aku pos tak vitamin ko ni..dia kata nanti dulu..aku leh je ambik kt rumah ko..eh nak oder vitamin C sekali tawwww..menapak lagi gua ke Sri Rampai......follow up lagi lepas seminggu..Cik BB kata dia nakkk nakk..geram juga..rasa nak down tapi ku distract tempat lain.
Dalam masa tu saya berjaya close order vitamin yang sama 3-4 kali..dok ambik stok yg Cik BB ni tak ambik2..pastu beli lagi (kot- kot dia nak drop by malam ni, ambik vitamin dia).. sampai habis bulan, saya close bonus RM200. Cik BB tak ambik juga..
IN FACT..sampai sekarang dia tak ambik2 Vitamin dia ni. Akak dah jadi Master Coordinator pun. LOL.
Moral of the story: Kalaulah saya menangisi order Cik BB itu dan berhenti berbisnes dan tidak berpaling arah buat kerja lain sementara tunggu dia drop by kat rumah saya..mungkin saya tak tahu pun saya berpotensi jadi Master Coordinator. Mungkin Cik BB tak tahu atau tak sedar pun order dia lah yang pertama, dan order yang dia cancel tu lah pemangkin saya untuk mencapai peringkat tertinggi dalam Shaklee. Mungkin satu hari nanti saya akan ucapkan terima kasih kepada dia..eh tulus tau..tiada dendam di situ. cuma gelihati bila teringat.
ya dalam bisnes apa pun, REJECTION adalah wajib harung. kalau lah ada org yg bisnes tak pernah kena reject.. saya suspek hang bisnes apaaaa?..Dulu bila kena reject saya nangis.. sekarang ni bila kena reject saya BERSYUKUR (sambil nangis..masihh) sebab saya memang kena lalui ini untuk GROW lebih besar. Kalau dah lama tak kena reject tu maksudnya saya play safe dan berada dalam zon selesa..Kena bangkit untuk rasa lagi rejection after rejection sampai dah kebal.
Saya saspek 5 tahun pertama, adalah tempoh membina KEKEBALAN. Kekebalan takkan terbina tanpa berdampingan denganNYA. Kerana kita manusia by default adalah penuh kelemahan dan penuh prasangka. ALLAH sahaja yang mampu beri kekuatan.
Lagi..istimewanya dalam bisnes Shaklee, anda hadapi rejection. You are not alone. Mentor you dah rasa sebelum you..sidelines, uplines, semua boleh cerita kisah yang lebih teruk dari apa yang you alami..dan anda tak perlu berseorang diri. Cuma ANDA WAJIB HADAPINYA. Support system ada di belakang untuk tolong ringankan kepedihan ini. Jadi janganlah berseorangan bila berbisnes seperti ini. Get a support team to cheer you on. On the way to the finish line.
Wallahualam.
*** #projek2ribu masih terbuka untuk anda semua. Hubungi saya aishah.amin@gmail.com untuk menerima pelan bisnes simple, atau buat temujanji dengan saya di 0122727995
**** Promosi Kolagen BUY 3 FREE ONE berjalan sehingga 31 Disember 2014. Lepas tu SETAHUN takde stok KOLAGEN agagagaga
Salam perkenalan. Dunia bisnes ni memang banyak pancaroba, antara dpt bertahan atau tidak. Good luck yer.
ReplyDeleteada banyak cabaran sis.tak kira jual apa semua hadap lebih lagi dengan pelanggan.
ReplyDeleteakan ada tanya barang, harga bagai nak rak. satu2 berang akan tanya tba tak jadi kena terima redha.
saya online dh masak sangat dah apa lagi ayat manis ayat usik bagai heee..
semoga terus maju dna tabah sllu sis ;)
kesenangan itu hanya akan didapati setelah melalui susah payah dan kerja keras. Sangat bermotivasi kisahnya... :) menyuntik semagat kepada pembaca lain.
ReplyDeleteberniaga apa pun macam tu... jangan kerap sangat menangis... rezeki sentiasa ada
ReplyDelete