Sebab utama penubuhan FB adalah untuk mengetahui berita berita terkini mengenai kawan- kawan. Facebook dah menjalankan satu survey untuk melihat apa yang user mahu lihat dalam newsfeed mereka. Respon mereka adalah mereka lebih suka melihat cerita cerita dari orang orang yang mereka kenali dan kurangkan bahan bahan promosi.
So mulai Januari 2015, Facebook akan menyekat kebanyakan post berbentuk promosi samada dalam status atau juga Fan Page yang di LIKE.
![]() |
| 2015 ini disekat!! |
Antara yang akan disekat adalah:
1. Post yang menjual produk atau aplikasi
2.Post yang memberitahu tentang Promosi atau Pertandingan
3. Post yang duplicate sebiji sebiji iklan lain
Sebagai peniaga, adakah kita patut UPSET dengan keadaan ini?
Hmmm..lets get back to reality. kita patut ingat Facebook ini kepunyaan Mark Zuckerberg, dan tujuan penubuhan Facebook adalah untuk memberikan user pengalaman yang menyeronokkan melalui NewsFeed masing masing. Jadi user FB adalah no.1, dan bisnes come 2nd.
Sebagai bisnes yang bergantung kepada FB, ini adalah cabaran untuk memberi content yang lebih baik - content yang engaging dan menambahnilai kepada audiens. Menambah nilai kepada content akan menarik lebih ramai pelanggan yang setia, yang juga akan memberi pulangan lebih besar. Tak ada guna jugak kalau kita post dekat FB benda yang orang tak baca atau lebih teruk, membuat mereka tak suka. Peniaga yang all out memberi yang terbaik untuk menambahnilai kepada audiens dengan posting yang menarik, kreatif dan berguna saya percaya tak akan banyak menerima impak dari polisi Facebook yang baru ini.
Saya sahut cabaran ini!..Bagi saya ini adalah untuk kebaikan semua orang. Ia mungkin beri cabaran besar kepada usahawan yang bergantung sepenuhnya kepada Facebook. Tetapi kalau mereka mula merajinkan diri belajar mengenai dunia blogging, kaedah pemasaran melalui penulisan, pasti mereka tidak akan ketinggalan begitu jauh.
Saya juga sebenarnya suka kalau News Feed saya dipenuhi info, berita dan bukan hard sell..Saya suka lihat peniaga yang go all out berkongsi mengenai kebaikan sesuatu produk berbanding suruh beli produk mereka. Baru lah peniaga yang ada kelas!
Wah 2015 memang menjanjikan cabaran dan keseronokan baru. Hampir semua cara lama dah kena buang..bermula untuk cara cara baru yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Saya nampak keperluan saya mengadakan lebih banyak Kelas "Blogging for Millionaires". Tahun 2015, mungkin saya akan buka kepada orang ramai. STAY TUNED!
** #projek2ribu kelas TIGA di buka sekarang. Anda akan menerima bimbingan khusus dan percuma untuk menjana RM2,000 bulanan mulai Mac 2015 ..Hubungi ku!
Sekian
Aishah Amin | aishah.amin@gmail.com |

amboi sekat ke tak kita tak boleh buat apa.kita ada blog pakai belog uh...
ReplyDeletenice sharing....
ReplyDeleteBFM! Nak pegi lah :D
ReplyDelete