Friday, December 05, 2014

#projek2ribu untuk menghadapi suasana ekonomi 2015

Bismillah!

Saya dengan ini merasmikan #projek2ribu. Projek yang direkacipta khas untuk membantu anda menghadapi suasana ekonomi 2015.  Saya pasti ramai yang sedang membuat perbandingan, pertimbangan dan analisa dalam memilih bisnes yang ingin diceburi. Saya ingin anda semua mempertimbangkan bisnes Shaklee di bawah #projek2ribu. Kerana sistem nya dah tersedia, sudah ramai yang terbukti berjaya. Saya pula sebagai mentornya dan bersedia nak beri tunjuk ajar.

jana tambahan RM2,000 sebulan kepada gaji dan pendapatan anda

Kenapa Aishah Amin sebagai mentor?

1. Kerana pengalaman saya sendiri

Pengalaman peribadi saya adalah #10ribu10bulan, Yang saya ingin tawarkan kepada anda ialah #2ribu3bulan. Ya saya sudah melakarkan pelan bisnes yang sederhana, tetapi mudah diikuti. Selepas anda mencapai RM2,000 sebulan, anda bebas untuk menstabilkan jumlah income itu, atau grow lebih besar ke RM5,000 dan seterusnya. Klik sini untuk pengalaman saya berbisnes Shaklee 5-angka dalam 10 bulan.

2. Kerana ramai LiSA partners sudah dan sedang merasainya

Ya, saya telah membantu 20 orang untuk mencapai RM2,000 bulanan mereka di bawah organisasi saya sendiri iaitu LiSA. Saya cuma tunjukkan cara bagaimana membina tapak bisnes mereka, dan mereka sendiri yang lakukaknnya. Kesemua mereka cuma bermula dengan modal RM65 sahaja. Saya tidak suka anda bermula dengan modal besar, kerana sebenarnya modal yang harus kita bayar adalah pada diri kita sendiri.

Beberapa orang business partners yang setakat ini mengecap minimum RM2,000 sejak lebih setahun lepas:
Puan Masliza : http://mummyfiras.blogspot.com
Puan Anissa Alis : http://jomsupplement.com
Puan Jamie Azma : http://prestigiousws.blogspot.com
Puan Suzy Aida : http://suzyaida.com
Puan Nurulaini Abdul Wahid
Puan Siti Sarbanun Shaik Baharuddin

3. Pengetahuan bisnes online dan pengalaman

Daripada pengalaman, pembacaan dan menghadiri kelas kelas, saya banyak belajar mengenai kaedah teknikal blogging, kaedah teknikal menggunakan iklan Facebook berbayar, twitter, instagram, Google. Saya juga mengaplikasikannya kepada bisnes saya. Kenapa saya memilih bisnes online? Kerana ia sangat memberi nilai kepada masa saya sebagai ibu yang bekerja di rumah. Saya mampu mencapai beribu ribu orang sehari cuma melalui perkongsian di blog dan Facebook. Ia juga murah kerana saya tidak perlu keluar rumah dan bermeeting di sana sini. Walaupun begitu, anda perlukan seseorang untuk membantu anda. Saya juga punya mentor- mentor yang membantu.

Kenapa saya launch #projek2ribu? 

1. Gaji bulanan memang tak cukup

income sikit


Kerana saya tahu ramai di bandar bandar besar yang perlukan RM100-RM5000 tambahan setiap bulan. Almaklumlah kehidupan di bandar ni, kalau tak hutang sekeliling pinggang, terpaksa bersengkang mata untuk menjana pendapatan kedua untuk keluarga. or worst, kedua- duanya.

Saya juga sedar ramai yang income makin terhad sejak banyak harga barang dan kos sara hidup meningkat. Untuk menambah pedih di luka, inflasi bakal menggegar negara dengan pelaksanaan GST Alangkah indahnya jika 6% pertambahan GST itu seiring dengan kenaikan gaji, tetapi I don't think this is the case. Lebih lebih lagi untuk keluarga dengan single income. Saya tahu ramai yang sanggup meluangkan 2-jam sehari untuk bekerja menampung kebocoran income itu. Untuk Shaklee, RM2,000 adalah bonus permulaan seorang business leader  :)


Saya sendiri perlukan pendapatan tambahan asalnya kerana memang tiada ruang untuk menyimpan (untuk bercuti, menunaikan umrah, deposit kereta baru). Bila saya bertemu Shaklee, saya berjaya convert gaji saya untuk pembayaran bil bil, loans, dan yang wajib seperti groceries dsbnya. Manakala gaji Shaklee untuk menabung impian impian saya - percutian 3 kali setahun, Haji, beg Louis Vuitton, investment untuk income pasif. Indah kan ada pilihan seperti ini?

2. Tawaran Shaklee yang berbeza daripada bisnes lain

Berbeza dengan bisnes lain, Shaklee dah sediakan sistem dan pelan pemasaran seawal hari pertama anda sertai. Maksudnya jika anda boleh fokus kepada cuma grow bisnes anda, sistem akan bayar anda dari 5 sumber yang mereka tawarkan. Bisnes biasa akan beri anda satu sumber iaitu untung runcit, tetapi Shaklee tawarkan untung runcit, bonus jualan peribadi, bonus jualan kumpulan, bonus kereta (bila layak), bonus kepimpinan, dan insentif insentif yang alaa best sangat.

Saya berjaya layak semua sekali sumber ni pada bulan keenam penyertaan.

Rank dalam Shaklee juga menandakan kestabilan, kualiti dan saiz bisnes yang anda bangunkan.

pilih bisnes apa

Shaklee tawarkan RM20,000 hingga ke RM600,000 setahun. Jadi kalau anda mahu sertai bisnes ini anda harus bersedia untuk aim big.

Saya sendiri sepanjang tahun pertama berbisnes ini Alhamdulillah berjaya mengumpul sebanyak RM77,000, tak termasuk percutian 5-bintang ke Los Angeles & San Francisco. Jadi kenapa nak aim kecil?..Think BIG get BIG!


3. Masanya adalah sekarang!


Tahun 2015 dan berikutnya, anda akan lihat ramainya orang mula berbisnes, dan lebih awal anda bermula, lebih pantas potensi bisnes anda berkembang. Jangan hanya melihat dan berfikir. Anda boleh mula bertindak sekarang supaya anda dapat pengalaman lebih awal, dan berupaya membantu orang lain pula mengembangkan bisnes mereka.

Saya cuma akan membawa anda untuk pikir yang besar2 sahaja. Jadi saya nak yang berjiwa besar dan mahu berusaha BESAR untuk join #projek2ribu ini.  Anda cuma perlu peruntukkan 2-jam sehari untuk tujuan ini. Setakat artikel ini ditulis, 15 orang telah bermula dalam usaha mereka menjana RM2,000 seawal Februari 2015.

BAGAIMANA SAYA INGIN MENYERTAI #PROJEK2RIBU?


1. Whatsapp saya di 012-2727995 atau email : aishah.amin@gmail.com untuk menyatakan niat anda menyertai projek ini

2. Saya akan mengenali anda lebih lanjut. Untuk mengenali lebih lanjut impian anda dan kondisi anda bagaimana yang boleh saya bantu.

3. Anda akan menerima Pelan bisnes awal #projek2ribu dan boleh nyatakan komitmen kepada saya

4. Bermula sebagai peserta #projek2ribu LiSA

P/S : CUMA ADA 10 TEMPAT SAHAJA UNTUK BULAN FEBRUARY-MAC 2015, HUBUNGI SAYA CEPAT UNTUK SPACE ANDA DI #PROJEK2RIBU! 012-2727995

5 comments:

  1. Salam kenal Aishah....
    Wah.... seronok dengar cerita orang yg dah berjaya ni... Tak de kekuatan nak promote baranglah walaupun tau rezeki tu memasingkan...huhu

    ReplyDelete
  2. suka berjaya dapat hasil ayas usaha sendiri

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah dari Bunda..

    ReplyDelete
  4. hai singgah sini. masih ada benda alah nie. huhu

    ReplyDelete
  5. Bagus ada persediaan begini dapat gak income sampingan...

    ReplyDelete

komen di sini!