Friday, January 23, 2015

4 kesalahan bila pakai eyeliner

rahsia saya nak nampak berseri
tanpa mekap selain kulit bersih adalah EYELINER! Tak ada lipstick pun tak apa

favorite ku yg ini. tapi in brown
Bagi saya, mata adalah antara bahagian yang paling penting ketika mengenakan solekan. Sebab apa? Ini kerana berdasarkan ada pepatah yang mengatakan mata itu adalah ibarat jendela personaliti seseorang. Daripada renungan mata adakalanya kita boleh tahu apakah sifat keperibadian seseorang. Malah pandangan mata juga mampu menjawab segala persoalan yang tidak mampu untuk dijawab dengan kata- kata.

Memakai eyeliner adalah antara cara yang paling mudah untuk membuatkan mata saya kelihatan lebih menyerlah. Bila kesuntukan masa, saya lebih rela mengenakan eyeliner berbanding meletak bedak asas, gincu dan sebagainya. Ia juga mampu menyempurnakan keseluruhan solekan wajah saya hanya dengan menumpukan solekan pada bahagian mata, dan akhirnya ianya lebih menonjol dan menarik. Namun begitu dalam mengenakan eyeliner ada beberapa tips memakai eyeliner wanita yang harus korang ikuti dan juga kesalahan yang harus dielakkan.

Antara kesalahan dan tips eyeliner paling asas :

1. Jangan berlebih- lebih dalam menggaris eyeliner pada bahagian bawah mata. Membuat lining yang terlalu ‘berat’ pada bahagian itu dengan warna yang gelap boleh membuatkan mata anda kelihatan lebih kecil. Sebaliknya, gunakan light pencil ataupun warna seperti coklat.

2. Kenakan eyeliner dengan kadar yang sama. Mengenakan eyeliner dengan cara yang tidak sekata akan memberikan hasil yang pasti anda mahu elakkan dan terpaksa dibersihkan serta dilakukan sekali lagi, ataupun lebih! Dulu ini adalah bahagian yang paling saya lemah. Sekarang ni dah jadi kepakaran, dan saya pakai eyeliner liquid ok, bukan pensil!! :)
Ni saya punya tapi nak cuci kena pakai baby oil


3. Gunakan eyeliner dengan warna hitam ataupun coklat. Dua warna ini adalah antara yang paling sesuai. My favorite adalah COKLAT.

4. Jika anda tidak biasa mengenakan solekan, anda harus tahu  apakah perbezaan antara pencil, gel dan juga eyeliner jenis liquid. Buat research anda sendiri dan lakukan eksperimen agar anda dapat lihat perbezaannya sendiri. My FAVORITE adalah liquid eyeliner dan gel eyeliner. Lebih glam dan menonjol. Kalau nak over sikit, beli liquid glitter eyeliner.


vida sangat..eh diva sangatttttt

6 comments:

  1. pakai eyeliner pun x reti.. caner tu.. jeles tgk mata org cantik2

    ReplyDelete
  2. www.qasehdstylo.blogspot.com2:22 PM

    Tips yang saya belaja pulak. Jika telah mengenakan Colour contact lens elok lah kiranya hanya megenakan Maskara sahaja.

    Jika clear contact lens @ memakai spek mata baru cantik mengenakan eyeliner.

    Jika tidak tengelam lah salah satu darinya. Thank for Sharing Aishah Amin


    ReplyDelete
  3. Saya jarang sangat pakai mekap, so tak tahu lak pasal peraturan ni.. hehe.. anyway, tq sebab share

    ReplyDelete
  4. opsss bab wanita ni...saya tak berani komen cuma nak cakap kalau wanita bereyeliner memang nampak lebih cantik...

    ReplyDelete
  5. Ohh sy tak pandai pakai eye liner..kadang pergi kerja pun tak sempat break.sampai opis baru tepek.kaput pagi2 ngan anak kecik.alasan sgt kan.hehe

    ReplyDelete
  6. Ohh sy tak pandai pakai eye liner..kadang pergi kerja pun tak sempat break.sampai opis baru tepek.kaput pagi2 ngan anak kecik.alasan sgt kan.hehe

    ReplyDelete

komen di sini!