Thursday, February 05, 2015

8 tips WAHM dengan baby kecil - Boleh ke bekerja sebenarnya?

yer..this is what happens on daily basis

Saya pun tak tahu. Saya sentiasa mencari cara untuk menjadi produktif sebagai seorang ibu. Memang tabik dengan skil ibu ibu yang duduk di rumah. Masa saya bekerja dulu, saya tak perlu pun bersungguh nak jadi produktif macam ni. Sebab memang lumrah nya ibu bekerja ni wajib dapatkan bantuan. Ya lah dari nursery, saudara mara. Sebagai ibu bekerja dulu, I can always get away with my "working status". Bila dah jadi WAHM -  ia serupa macam semua kena buat sendiri. Termasuk jana income. Sebab berhenti kerja pun bukan nak "relax relax". Discovered, Stay at Home Mothers lagi busy dari ibu bekerja sebenarnya. Dulu dekat ofis la boleh relax..kalau anak tak tidur malam, dekat opis boleh urut2 sikit tengkuk, sebab anak dkt day care kan..huhuuuuu..sorry i have been in both situations. no judgement whatsoever, and no complaints. Only based on my own experience.

So sejak setahun menjadi Working at Home Mother (WAHM), saya dah mencuba berbagai cara. Masa awal awal dulu saya cuma ada Izzah, Imaan belum lahir, jadi adjustment berbeza, sekarang ada baby pula. Dah lain ceritanya...Kerana saya ada dua anak yang masih kecil, belum bersekolah. Seorang tu bayi. Macamana saya bekerja ya? Anak ni setiap 2-3 jam akan menyusu badan, mereka nak makan, mereka masih perlu diawasi, kencing, berak, mandi. Tu belum campur bila tak sihat.

I must say, I have been dissappointed. Tips tips bekerja dari rumah untuk orang lain memang tak jalan untuk keadaan saya. Tips macam - pastikan rumah bersih tanpa sepah, tutup pintu supaya tiada gangguan, tetapkan masa bekerja dari jam 8 pagi sampai 12 tengahari sahaja. IT DOESNT WORK FOR ME. Even saya bangun jam 5 pagi, baby Imaan akan merengek jam 5.30, 6.30 dan 7.00 nak susu. huuuuu..

Ya keluarga paling utama untuk saya sekarang sebelum apa jua pun. Tapi katalah saya ni seorang ibu tunggal yang tidak mahu meninggalkan anak tetapi TERPAKSA mencari income. Adakah bekerja dari rumah itu mustahil? Pasti saya mahu berjaya mencari jawapan dalam hal ini, supaya dapat berkongsi dengan orang lain kerana bisnes Shaklee sangat sesuai untuk ibu ibu yang memilih untuk bersama anak dalam pada masa yang sama menjana income juga.

Jadi berikut adalah apa yang WORKS FOR ME. Ibu ibu lain boleh la ambil dan cuba, it might work for me and it might not work for other moms tau.

1. Bekerja masa anak tidur siang
Yang ini kena paham rutin anak dan cuba ganggu waktu tidur dia. Pastikan environment tidur baik supaya dia dapat tidur lebih lama. Imaan jenis light sleeper waktu siang, jadi apa juga benda bising boleh ganggu tidurnya. Tips yang saya guna untuk kasi dia tidur lebih puas sebab dia senang terjaga adalah, susukan dia setiap kali dia terjaga. Jangan biar dia terjaga lama, dan kemungkinan besar dia takkan tidur balik ...nasib lahhhh..Kalau ada ramai anak kecil, mungkin strategi ini tidak sesuai kerana masa tidur tak serupa. Kena lah cari yang sesuai.

2. Kerja masa anak anak tidur MALAM!
Yes, ini juga dilema saya. I always find myself happily ALONE only after 1030pm, bila anak anak dah settle lena. Dan saya pun mula bekerja tanpa henti , dan susah mahu berhenti bila lewat, seperti jam 12 tengah malam. Bila mana saya seharusnya off segala GADGET 2 jam sebelum tidur untuk tidur yang sihat. Tetapi temptation untuk bekerja secara fokus amat tinggi antara 10 30 malam dan 12 tengah malam. Dan ada masanya bila tak patuh jadual tidur, saya terpaksa melupakan Kelab 5-Pagi saya..Dan bila saya bangun 5 Pagi, selepas tahajud selalunya Imaan akan bangun feeding 2-3 kali, dan selalu membuatkan saya tertidur semula. Jadi dilema dilema...But I love working before Subuh,  the freshest brain and feeling ever.

3. Kerja yang mobile buat dalam kereta!
Ini best sekali dan paling tenang kalau saya angkut Imaan waktu napping dia masuk kereta. Bawak round2 sampai dia tidur, dan berhenti kat mana2 yang selesa dan bekerja. Sangat tenang, dan lama. Sebab Imaan boleh tidur berjam2 dalam kereta yang selesa. Tapi kena make sure saya dah makan..haha..kalau tidak lapar tu boleh mengganggu konsentrasi.

4. Cuba kawal gangguan, Dan terima nya
Yup, bila ada baby, mereka akan cuma down time, paling lama setengah jam. Lepas tu dia akan lapar, dia akan berak, nak tukar pampers. Anak yang di sekolah terpaksa difetch pada waktu tertentu. Dan of course keperluan peribadi seperti mandi, makan, solat dsbnya. pastinya kerja yang perlukan fokus bakal terganggu. Caranya adalah expect gangguan ini dan belajar kendalikan diri sendiri disekeliling gangguan itu. Be happy dan accepting. Jangan stress. Lama lama ia akan jadi rutin. Kalau kata tiba2 ada idea yang best, tapi tiba2 anak nangis.. saya akan tulis laju2 atas buku nota. So bila saya kembali bekerja kejap lagi, ia bantu my trains of thoughts.

5. Berpakaian macam bekerja
Ya, memang paling selesa sekali pakai Kaftan lah, Tshirt busuk bila di rumah LOL. Tetapi ini semua bakal mempengaruhi kualiti kerja yang dihasilkan. Saya tidak lah berpakaian macam eksekutif dengan heels dan power suit bagai haha, tetapi saya pakai jubah yg nice, dan baju yang nice untuk terus keluar rumah. Saya pakai lipstik dan kengkadang eyeliner sekali tau...rule of thumb: Jadi la cantik sikit kekalau ada orang datang rumah tiba2..Percaya atau tidak, cara pakaian walau nampak remeh tapi amat mempengaruhi produktiviti seseorang.

6. Kasi anak cukup makan dan cukup tidur
Anak especially baby akan cranky sangat kalau dua ni tak cukup. Jadi sebelum mula bekerja dengan mereka bermain di sekeliling, pastikan mereka dah makan yang heavy, dan malam tadi tidur puas, dan napping selama yang mereka suka.

7. Outsource mana yang potensi menstresskan hidup
Contoh, ada orang rasa nak menyediakan makanan atau MEMASAK adalah sesuatu yg sangat mem beri tekanan. Carilah orang yang boleh deliver makanan ke rumah. Saya mengaku kepada suami saya beberapa bulan pertama saya menjadi WAHM dulu, saya tak sanggup nak memasak hari- hari. Memasak tu best tapi nak mengemas tu memang erhhhh..Jadi saya kata apa kata saya pesan je lauk dari luar?..Sekarang saya dah makin pandai urus masa, dan sekarang rata2 saya masak sendiri. Begitu juga dengan mencuci rumah, lipat baju, basuh baju. Kalau mampu hantar dobi hantar je lah..for peace of mind!

8. Expectation yang Realistik
Akhir sekali, Gangguan pasti ada. Masa banyak tu aje. Kita akan penat. Orang berjaya rest cukup, tidur cukup. Jadi dalam task harian pastikan anda set priority apa yang perlu diselesaikan dulu. Kadang2 memang tak banyak benda pun siap. Disebabkan banyak tanggungjawab keluarga. Dont be too hard on yourself. Kalau bisnes, make sure aktiviti yang menjana income didahulukan. Jadi to-do list sangat berguna.Fokus kepada 3 tugasan paling penting hari itu. Kalau dapat selesaikan ..tentu boleh tidur nyenyak. Sambung lagi besok.

Kesimpulannya, nak bekerja, nak jadi mak yang perfect, nak jadi kaya, nak jadi orang berjaya, semua dia nak..jadi kena lah banyak belajar dan banyak improve. Ini sikit saja perkongsian saya, mungkin boleh diambil oleh ibu ibu bekerja di rumah dengan baby kecil, dan macamana pula cara adjust anda?

4 comments:

  1. Susah kan.. eh.. tak susah tapi mencabar bila berkerja sambil jaga anak.. saya dapat rasakan hal itu becoz I feel it too.. btw, thanks bg tips tu.. boleh cuba adapt nanti dengan my life

    ReplyDelete
  2. #1 tu mmg so far works for me. Also #3 memang akan buat after hantar anak sekolah waktu pagi this year.

    Alhamdulillah, dah boleh try and adjust what works and not. lebih manageable now compare setahun yg lalu.

    Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan. Aameen

    ReplyDelete
  3. Masa wahm dulu takde ilmu. tak sangka wahm akan jadi sgt penat padahal belum mula bisnes pun. urus rumah dan jaga anak je.

    Skrg ni alhamdulillah dah tahu sikit dan lebih ready jd wahm semula. bahkan semangat nak jadi wahm produktif! insha Allah :)

    ReplyDelete
  4. nanti bila anak dah besar sikit insyallah akan dapat hendle semua tu dengan mudah... mudah2an semuanya menjadi yer... kesian jugak suri rumah ni...

    ReplyDelete

komen di sini!