Assalamualaikum!
Sambungan dari part 1.
Masa buat plan nak ke Jakarta, saya memang dah decide tak nak duduk di Jakarta sepanjang 5 hari tu. Mahu keluar dari kota. Sebab hmmm kota ada apa saja kan? Mall, macet, bangunan, restoran..boring. Kami nak explore..
Saya pernah ke Bogor sekali masa zaman berkerja dulu. Saya ingat yang ia adalah kota yang bagus untuk dilawati. Jadi since perjalanan ke sana ambil masa 40-45 minit sahaja, jadi saya pun rasa apalah salah nya kita melawat Bogor. Dari pembacaan, memang ada macam macam tempat yang seronok untuk dikunjungi. Antaranya Taman Botani, Puncak dan juga Taman Safari.
Tetapi kerana waktu perayaan Imlek (Tahun Baru Cina), trafik agak sesak, jadi perjalanan ke Bogor ambil masa 2-3 jam. Kami masa tu tak tahu nak ambil risiko naik ke Puncak (dan stuck) atau melawat Kota Bogor sahaja. Jadi kami ke Kebun Raya dulu.
![]() |
| Ni dekat Kota Lama Jakarta..suka sgt gambar ni :) |
Mula2 kami ke muzium haiwan. Memang bestlah, kemudian kami explore Kebunnya. What a very nice park!..Ia macam kawasan rekreasi yang sangat terjaga rapi. Kedudukan Kebun Raya ni betul betul bersebelah dengan Istana Bogor. Istana tu halamannya penuh dengan rusa- rusa. Izzah memang angau sekejap.
![]() |
| Kebun Raya yang sangat cantik |
Kami sewa mobil dengan supir, bayar dalam Rp800,000 sehari. Lebih kurang RM260. Sangat berbaloi sebenarnya. Kijang yang spacious, selesa untuk anak anak.
Esoknya kami bermula awal pagi untuk ke Taman Safari!...dan kalau ada masa kami nak cuba mendaki Puncak. Keluar jam 7pagi..
Masuk ke Taman Safari Rp 660,000 untuk sekeluarga bersama supir.
Paling best adalah kitorang dapat tengok binatang yang macam- macam dari dalam kereta. Boleh juga beri mereka makan. Binatang nya banyakkkkk sangat..semua ada lah ..Puma, singa, harimau, beruang, zirafah, Orang Utan, Zebra, Yak, Kancil, ..Izzah dengan Imaan enjoy sangat la..tergelak gelak mereka. Ada la sejam keliling safari ni..syok syokkk.. mak dia pun teruja wey..
![]() |
| Binatang semua pandai masukkan muncung dkt tingkap mobil! |
![]() |
| Muka ala sinyummmmmmmm |
Ada pulak show show macam- macamm.. Kami pergi tengok Elephant Show, Dolphin show, Sea Lion show, Cow boy show..Semuanya best dan mengujakan..Mak dia sekali lagi terujaaaaa.. anak2 jangan cakap la..muka ada sinyummmm sampai tidur.
![]() |
| lepas Sea Lion show |
![]() |
| Dekat Dolphin Show |
![]() |
| Lepas Elephant Show |
Ini bermaksud sesiapa yang nak datang ..sehari tak cukup nak explore..kena stay 2 hari.
Dekat Safari tu sangat dingin cuacanya..memang tak berpeluh,..pasal tu pun anak kurang meragam kot kan..
Kesimpulannya : Saya sangattttt recommend anda semua pergi ke Bogor. Kalau ada anak-anak memang kunjungan ke Taman Safari tidak menghampakan.







Buleh letak dalam school holiday akan datang..anak anakku mesti suka..
ReplyDeleteseronoknya pergi bogor tu..plan nk pg bandung je dulu ni
ReplyDeleteMemang terasa nak pegi safari dia ni.. best woo..
ReplyDelete