Setahun ini berlalu bagai mimpi. Dari seorang yang anti MLM, saya akhirnya jatuh cinta dengan MLM ini dan menongkah arus memanjat satu persatu tangga bisnes Shaklee. Apa yang saya jatuh cinta adalah semestinya produknya yang membantu azam saya, dan kesihatan saya. Pelan bisnesnya yang matang dan adil, juga sahabat- sahabat, mentor- mentor, kumpulan yang ditemukan dengan saya sepanjang perjalanan ini sangat hebat.
![]() |
| LiSA, my growing family |
![]() |
| susur galur kami |
Jika mereka dahulunya sahabat, sekarang semakin rapat dan kurang berbincang perkara- perkara tak berfaedah. Kami bertemu untuk merancang bagaimana membantu orang lain mencapai impian mereka melalui bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee sediakan produk kualiti antarabangsa, marketing plan yang mantap, jenama yang kukuh untuk kami jadikan sebagai platform.
Saya cintakan bisnes ini kerana ia mengajar saya yang segala nya harus berubah di peringkat DIRI SAYA,bukan orang lain. Tak kisah lah orang kata , bisnes ni semua orang buat, bisnes ni MLM, bisnes ni susah -- ia bukan cabaran utama. Cabaran utama nya adalah diri saya sendiri. Bila saya berubah ke arah yang lebih baik, bila saya utamakan hubungan saya dengan Allah, baru bergerak rupanya bisnes ini ke arah yang saya impikan. FAITH sangat besar faktornya dalam bidang ini yang diceburi oleh semua orang katanya..
Saya mahukan bisnes dengan saya sebagai daya penarik, bukan saya yang menarik orang. haruslah ada rahsianya kan?..dan menggunakan kelebihan pengetahuan BISNES ONLINE, ia menambah kemungkinan saya reach out kepada sesiapa sahaja yang saya hajatkan, bukan setakat jiran2, keluarga dan sahabat handai.
Perancangan saya untuk masa akan datang adalah
1. Membantu lebih ramai untuk bergelar usahawan Shaklee berjaya - berjaya tu definasi mereka sendiri.
2. Memberi lebih banyak - dari segi sokongan dan bimbingan, dalam bisnes Shaklee
3. Melahirkan lebih ramai Master Coordinators dan leader2 bisnes yang hebat di bawah payung LiSA
Semoga Allah membantu saya merealisasikan impian untuk membantu lebih ramai melalui bisnes Shaklee ini Inshaallah!





No comments:
Post a Comment
komen di sini!