Memang sifat saya kot..tak puas hati kalau tak jumpa jalan penyelesaian sesuatu perkara. mesti ada jalan.... mesti ada jalan.
Dulu saya rasa memang tak ideal bekerja 9-6 di Malaysia ni. lebih- lebih lagi sebagai ibu bapa. Mungkin sebab selama beberapa tahun saya bercampur gaul dengan pekerja asing dari barat, yang memegang kontrak kerja dari negara mereka masing2. Contohnya rakan saya dari Sweden seorang lelaki expat, asyik bercuti kerana beliau beritahu saya yang dia ada 18 bulan cuti paternal yang harus dia ambil. Rakan saya dari German pula bercuti 6 bulan selepas bersalin. Lama baru nak jumpa dia balik. Teman dari Indonesia pun 4 bulan cuti bersalinnya. Saya pula 60 hari tepat setelah bersalin dah muncul di pejabat..sengal meneran baby pun belum hilang!! *ok ini over*
Saya juga pernah tinggal selama sebulan di rumah rakan saya yang bertugas di Copenhagen. Oh ada saya tulis mengenainya di sini!..Suaminya pulang awal (jam 4) setiap hari rabu untuk tujuan bersama keluarga, dan diwajibkan bercuti setiap hari Isnin juga untuk tujuan sama! Tiada masalah trafik jam kerana mereka semua berbasikal ke pejabat. haihhhhh...
Jadi saya memang sentiasa berpendapat, I deserve better! tak kisah lah kalau semua orang menerima keadaan ini sepenuhnya. Saya tidak!
Itu baru mengenai masa bersama keluarga. Jangankan kata kos sara hidup.
Pertama saya bersyukur kerana pendapatan kami suami isteri bila bergabung sangat selesa. Tetapi kami tak berangan lah nak tukar kereta kami yang lama. Kalau beli baru pun, tak upgrade la sangat sebab kami tak perlukan fancy car pun. Dan emm nak kumpul duit downpayment kereta pun makan bertahun. Dan kami selesa je bercuti cara bajet dan backpackers, (walaupun saya dah puas berkelana secara bajet semasa "muda"). OKlah kalau untuk keluarga kecil kami. Boleh lah hulur sikit dekat parents and in laws. kadang tu tak boleh lebih2, dapat juga kasi Alhamdulillah. Bila nak raya kalau takat kami anak beranak boleh lah..tapi nak belanja keluarga besar kena saving dari awal tahun sebenarnya. takpe lahh...TAPI I DESERVE BETTER!! sebab rasanya otak dan kudrat saya boleh dpt lebih dari ini!!
Lagi satu ehem people we dont like in the office. makin ramai..sebab mungkin makin matang, so kadang2 rasa macam idea bos tu tak boleh terima, apalagi polisi syarikat yang pelik tapi kena juga ikut walau bodoh. adoi..rasa diri tu pandai sangat kah..takkk..cuma rasa macam keluar masuk organisasi lain2 kena hadap benda pelik yang sama. politik pejabat? nak larikan diri tak boleh, nak layan rasa bodoh haha!..dilema dilema...
Ini yang saya selalu bincang dengan rakan sejak 2005, Puteri. Sejak tak bekerja sepejabat, kami sering bertukar idea bertema "there must be a way!" dalam medium online -- dr Yahoo Messenger, Skype, dll--. sejak saya bekerja di Indonesia sehinggalah kami berkeluarga dan beranak pinak..bontot makin panas. This style of working can't be our way till we are emm 60! I complaint about working long hours, and she complaint about crappy bosses at work, and we both agree we must MAKE MORE MONEY. * We were initially inspired by Sophie Kinsella's Shopaholic Series and thats why we agree to Becky's concept of "MAKE MORE MONEY"*
Banyak idea bisnes kami bincang pong pang pong pang. Ada sekali tu dia cadang nak contact an MLM moghul (yang bisnes korset), nak dengar idea saja. I said "you must be joking, you go la I anti MLM, no way!" saya pula nak berbisnes makanan -- sebab saya suka masak dan makan..suka show off plak tu. So idea banyak dari lasagne frozen ke cinamon rolls yang tinggal borak- borak kosong sahaja.
FAST FORWARD -- SHAKLEE
Puteri mula dulu. Saya berkeras tak mahu. That is not my kind of business. I love businesses yang ada likeability factor yang tinggi (kurang org benci--kekonon) iaitu bisnes makanan. Puteri rajin kasi idea dan panduan yg dia belajar dari Shaklee business nya. Tapi sebab i berseorangan, lemah semangat dan tiada kuasa tindakan.
Sampai lah I resign to the fact that I might have the potential in this Shaklee Business.
And the rest is history!
We found the way Alhamdulillah.
flexibility in our 9-5 working hours.checked
Extra extra extra income Alhamdulillah. checked
Work with people we like only. checked!
Most importantly -- our precious brain is used for our own enterprise, and to grow something that we are passionate in. Doing what we do best, helping people grow, and the business incidentally grows together.
Jika anda berkongsi sentimen saya dan tak nak akur kepada realiti hidup seharian anda sekarang. Hubungi saya lah ya..
Aishah | aishah.amin@gmail.com | 0122727995
theres that way, inshaAllah.
ReplyDelete