Walaupun gaya penulisan blog saya santai dan tidak formal, sedar tak sedar blog ini telah mula memberi saya sumber pendapatan. Blog ini bermula pada 2007, sebagai tempat saya meluahkan rasa, semasa saya sedang bekerja di Banda Aceh selama setahun. Seronok bercerita mengenai orang- orang yang saya ketemu. Dan saya tak pasarkan blog ni pun, kononnya di privatekan untuk tatapan sendiri. Padahal posted to the world melalui Internet! haha..kemudian ia menelusuri perjalanan saya semasa masih bujang bila saya suka mengembara. Kerjaya saya banyak membawa saya ke tempat2 yang korang takkan sampai lah kalau setakat nak bercuti- cuti. Kadangkala berseorangan kadangkala dengan teman teman. Kemudian alam perkahwinan, anak- anak, dan ya, kehidupan normal sorang wanita.
OK tak payah ler tengok balik post- post yang lama. Ada juga yang saya dah delete, kerana potensi orang lain berjumpa dengannya. uhuk uhuk..malu.
sejak 2013 saya mula serius berblogging untuk berkongsi kisah saya dengan Shaklee. Saya blog mengenai produk, pengalaman saya dengan produk, perjalanan bisnes, perkembangan empayar LiSA. Dan rupanya ramai yang berminat dengan cara saya menulis dan berkongsi. Mungkin kerana saya memilih untuk berkongsi dari hati.
Secara kebetulan juga saya pelajari "oh blog ni tarik trafik kalau kena caranya". Saya pun bermain- main dengan teori yang saya pelajari sendiri dan kaboom..trafik masuk bila saya tau taktik mana nak guna. Trafik yg masuk mcm anda yang tengah baca sekarang ni saya kategorikan sebagai pelawat. Anda baca, dan kemudian anda mungkin berminat nak scroll ke belakang, cerita- cerita lama, so anda lebih kenal siapa saya. Atau anda memilih untuk tutup blog saya. Sebab ntah apa lah dia ni tulis haha..
Apa yang akan membuat kisah kita bermula? apabila saya berjaya membuat menjentik perasaan anda dan "call to action", convert anda menjadi prospek -- bila anda mula whatsapp saya dan bertanya- tanya. Saya pula akan pikat anda untuk jadi customer. Selalunya tak perlu pun, kerana bila anda contact saya selalunya anda sudah 70% terpikat. Dan macam biasa customer Shaklee selalunya akan bertukar menjadi bisnes partner.
Dan selepas banyak respon saya terima dari blog ini, saya memulakan langkah untuk mengajar team LiSA bagaimana anda berblogging secara santai tetapi menarik banyak peluang bisnes. Disember lepas, saya memulakan kelas Blogging.Fun.Money (BFM), dan sekarang sudah bertukar menjadi lebih serius Blogging For Millionaires. Bulan lepas, kami jalankan 2 sesi untuk lebih kurang 40 orang tentang bagaimana ber blogging secara santai tapi masyukkk..
![]() |
| BFM disember 2013 |
![]() |
| 22 June 2014 |
![]() |
| Rugi siapa takde blog!! |
![]() |
| dengan sebahagian peserta |
Pelancaran eSell oleh Shaklee membuatkan blogging menjadi lebih penting dan berdaya saing jika anda ingin berjaya dengan bisnes Shaklee. eSell sangat penting untuk pasaran "strangers" bukan kawan- kawan seperti bila kita berbisnes di FB. Maka potensi pelanggan ada 30 juta rakyat Malaysia..erkkkk..
Saya akan menjalankan kelas ini secara bulanan, dengan harapan melahirkan lebih ramai lagi blogger yang berilmu, bijak dan menarik banyak WANG. Oh kelas ini memang eksklusif kepada team Shaklee di bawah empayar saya dan empayar Puteri & Friends.
Kelas berikutnya akan diadakan pada 18 Julai 2014. Anda masih ada peluang untuk menyertainya jika anda masih belum menjadi ahli Shaklee di bawah mana- mana empayar. Tetapi amat berminat untuk mengetahui rahsia, tips dan pedoman dari saya, dan kemudian membina empayar pula di bawah bimbingan saya.
Sertai LiSA, peluang bisnes online Shaklee yang berbeza, dengan menghubungi saya: Aishah 0122727995 atau email aishah.amin@gmail.com

.jpg)



No comments:
Post a Comment
komen di sini!