Wah tips eksklusif ini saya selalunya ajar semasa kelas "Blogging for Millionaires" tetapi hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang anda mungkin perlu tahu untuk berjaya, dan menjana pendapatan hebat melalui bisnes Shaklee. Ini cuma 10% sahaja yang didedahkan. Selebihnya kenalah sertai kami berbisnes dan datang ke kelas BFM hohhh..
Tips DON'T
1. Copy Paste
Ahah, you heard me. Sebagai distributor baru saya selalu gunakan encik Google untuk mencari info- info produk, testimoni pengguna dan sebagainya. Jika saya google dalam Bahasa Melayu, saya akan temui banyak blog dengan artikel yang SERUPA! serupa tu maksudnya setiap perkataan, hinggalah salah eja punnn sama..ohoi.. terus hilang keyakinan saya dengan blog- blog ini. Kesiannya blog yang asal menulis tu lah, kerana di copy bulat- bulat entri mereka. Jadi ini adalah NO NO pertama ya. Takde siapa pun yang terpikat dengan mereka yang plagiat karya orang lain, samada pelanggan mahupun rakan bisnes.
2. Serabut dan "Bunyi- bunyian"
Keep it Simple and Sweet ya. Janganlah ujikaji font berbagai bentuk di blog anda. Paling saya suka adalah background putih, dan tulisan hitam basic. Pastikan layout juga tampil kemas samada pada penglihatan di PC mahupun di mobile gajet. Dan lagi satu saya pohon hentikan meletak "streaming audio/music" di page anda. Kantoi tau kalau surf di pejabat, langsung org close window. Kan dah rugiiiii!..haha
3. Blog 100% Shaklee
Yes you heard me again. Bosan OK kalau jumpa blog yang cerita isi kandungan B Complex, list kepentingan Alfalfa dan penyakit yang disembuhkan oleh Vivix. Saya akan terus tutup blog tu, sebab nya BOSAN. Yes, kongsikan semua info tersebut dengan gaya anda sendiri. Dan anda ada hobi lain selain Shaklee semestinya kan? Bina karakter di dalam blog anda, ceritalah pasal hobi travelling anda, kucing anda mati ke, sebab do you know, ramai orang sukaaaa surf blog yang berceloteh ni. Sebab ramai yang ada spare time nak blogwalk. Saya tau sebab saya dulu suka follow banyak blogger tegar, sbb mereka rajin update, jadi kehidupan mereka juga sebahagian dr kehidupan saya. haha..btw ya..jadikan diri anda worth following through the blog. Of course kongsikan lah apa bisnes Shaklee dah beri anda (bukan setakat duit). tapi kepuasan, pembinaan diri dan lain- lain.
4. Syok sendiri
Buat blog untuk bisnes ni macam bina kedai di sebuah pulau. Kalau post entry tiap hari pun tapi takde siapa tahu pasal blog anda memang tak laku la barang- barang dalam kedai tu. Marketing is verrrryyy important. How? Yang ni saya ajar dalam kelas BFM. Tak boleh cerita sinii :)
5. Misleading title
Saya selalu nampak post mengenai "SHAKLEE TAK SESUAI UNTUK ANDA" atau "SHAKLEE BERACUN" atau "SHAKLEE SOKONG ISRAEL" oleh SID sendiri semata- mata nak tarik lebih trafik ke blog mereka. Saya tak kisah kalau sesiapa nak buat tapi bagi saya saya takkan tarik pelawat yang saya mahu ke blog saya dengan cara ini. Mungkin fokus saya akan lari untuk melayan soalan- soalan yang datang di blog. Tapi terpulanglah kalau anda suka buat, tapi bagi saya saya suka pelawat yang genuine mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk Shaklee dan bisnesnya :)
tips DO
1. Tahu objektif berblog
Anda mahu mendapat customer, atau business partners? atau kedua- duanya? Semua ini akan menjurus kepada tindakan anda selanjutnya..
2. Post setiap hari
Inilah yang follower suka. Ramai orang suka follow blogger yang sangat komited dalam menulis sesuatu di blognya. Tak kisahlah jika ia mengenai Shaklee atau lain lain. Anda boleh menulis tentang isu semasa, kehidupan anda secara umum, kisah bisnes Shaklee anda, dan produk sharing.. yang penting sentiasa mengimarahkan blog anda
3. Call to Action
Dah penat- penat menulis, tapi takde link dan contact details untuk orang hubungi. Ha ini sangat penting tau dalam membina blog yang akan memulangkan hasil yang lumayan. Letakkan semua possible contact - email, no telefon, FB page. Ramai pelanggan saya suka berhubungan dengan saya melalui email, kerana ia lebih formal untuk tujuan pasaran "pelanggan sejuk" / cold customers. Ini saya akan ajar juga di BFM :)
4. Letakkan gambar gambar
Ini sangat mengujakan enjin carian seperti Google. Ada caranya untuk mengeksploitasi Google untuk pick up imej dari blog anda. Ini pun saya cover dalam kelas. Tetapi ya..kadang2 tak perlu tulisan pun orang suka je surf tengok gambar. Tu yang blogger sukaa sangat entri Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa- apa. Gambar je cukup. senang kerja kann hehe
5. Bersabar
Blogging tidak akan mendatangkan hasil sepantas ruangan FB. Ia mungkin makan berbulan terutama jika blog anda belum ada lebih dari 30 entri. Tetapi, potensi nya 1000 kali ganda lebih besar berbanding FB yang terhad kepada rakan- rakan anda sahaja. Bayangkan jika anda menulis dalam BM ada 30juta rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pelanggan atau rakan bisnes anda jika anda bijak leverage blog anda untuk tujuan bisnes.
10 tips ini paling penting untuk anda ambil nota ketika mendirikan blog anda sendiri untuk bisnes anda. Tak kisah lah anda berbisnes Shaklee atau tidak.
Bagi saya pula, blog ini telah membantu saya menjana pendapatan 5-angka yang stabil setiap bulan. Saya cuma perlu tau trik, tips dan cara untuk mengeksploitasi enjin carian supaya mudah dijumpai oleh orang ramai.
Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh sertai bisnes saya di bawah empayar LiSA.
Hubungi saya AISHAH | Tel : 012-2727995 | email: aishah.amin@gmail.com
No comments:
Post a Comment
komen di sini!