Oktober ni genap lah 10 bulan saya menjalani corat coret kehidupan seorang ibu bekerja dari rumah. Mesti korang tanya best tak? MESTILAH BEST!!!..Hari paling best adalah hari Isnin kerana saya dapat pilih apa saya nak buat, nak lunch date dengan BFF kah, nak duk sorang2 kat rumah kah, nak jenguk pos ofis kah..semua saya yang tentukan. Weekend macam juga time kerja dulu lah..cuma banyak perkara yang tak perlu tunggu weekend baru nak buat mcm sesi coaching, poslaju. Hari biasa..yang penting setiap hari saya mesti dah ada di rumah sebelum pukul 4.30 petang..kasi laluan untuk mereka yang terpaksa menempuh trafik jem pula.
APA YANG BEST JADI WAHM?
- Saya plan income saya sendiri dan tentukan berapa orang yg saya perlu bantu. Jadi busy ke tak busy saya adalah bergantung kepada plan saya sendiri lah
- Pergi mall kosooongg..tak pernah rasa mall itu ana yg punya
- Grocery shopping, banking semua buat weekdays - tak payah sesak2 weekend
- Saya masih bekerja jadi saya minimalkan keperluan membuat kerja rumah. Dan saya juga ada bayi kecil yang perlukan perhatian. Walaupun begitu, rumah masih perlu bersih dan kemas, makanan masih perlu dimasak. Jadi saya pilih untuk jadi selektif -- saya takde maid jd saya ambil weekly cleaner dan tempah homecooked lauk. Peace of Mind!
- Minyak kereta diisi dua minggu sekali. Sebab hantar dan ambik anak. Kalau keluar pun short distance saja!!
- Kalau nak makan di luar, saya pilih waktu brunch dan waktu hi tea. Sebab masa ni restoran kosong tiada orang pejabat. Waktu mereka makan, kita kasi laluan ler..diorg ada sejam je kan...
- Nak tingkatkan saving, saya turunkan overhead cost - buat meeting di rumah (kalau rumah kemas), dan meeting di pool side rumah (bila rumah mcm tongkang karam).
- takde pening psl report ada deadline..saya cuma ada deadline closing..daily blog blogwalking, fb post, tu aje
- Anak sentiasa teman ku bekerja. Saya dah makin adjust bawa Imaan ke mana2. Kalau boleh tak nak susahkan mak adik2 jaga. Biar lah Imaan ada kenangan mak bawa kerja semasa fasa kerja keras ni. Adik2 imaan nanti masa tu Mak dah financial freedom InshaAllah..mak bawak pergi trip saja hehe..
- Berat menurun keranaaa..setiap kali Imaan tidur saya akan bergegas membuat kerja rumah sehingga mencetus degupan jantung yg tinggi dan berpeluh2..sampai dia menangis saya akan berlari2 mengambilnya..dan ke mana2 pun saya bawa extra weight iaitu dia...makan pun main cicah2 aje.. supplement mmg ambik la..ibu2 perlu bertenaga perkasaaaa...
YANG TAK BEST WAHM
- Rumah kemas ke tak kemas ke still kena kerja.
- kadang2 rasa macam SAHM bila tak sempat nak kerja
- Bukannya dapat relax pun
- rasa lagi busy dr kerja 9-5, not a complaint cos its busy happy
Bab tak best WAHM tu mmg betul kak. Saya pun dah pernah rasa. But still it's busy happy. Dan yang best lagiiiii banyak drpd yang x best.
ReplyDeleteWill become one soon. Insya Allah :)