Monday, October 27, 2014

5 tanda anda sesuai untuk bisnes Shaklee (bersama SAYA)

Nak join bisnes Shaklee tapi tak tahu samada anda sesuai untuk bisnes jenis ini? Bagaimana pula upline yang anda akan pilih? serasi kah atau tidak?

Saya suka berkongsi 5 sebab anda sesuai menyertai bisnes Shaklee ini, dan mengapa dengan sebab itu anda sesuai dengan gaya saya.

1. TERUJA DENGAN ILMU PENGETAHUAN BARU
Anda jenis yang gemar membaca, dan mempraktik. Kedua2 nya harus selari, bukan salah satu ya. Saya adalah seorang yang agak akademik. Saya suka belajar dan diajar. Bagi saya, ilmu penting untuk saya sentiasa merasa seronok untuk mencuba pelbagai perkara kreatif dalam ruang lingkup bisnes saya. Bila saya mendapat tips dari mentor2 saya, saya boleh kaitkan dengan beberapa sumber pembacaan dan galian saya, maka saya akan cepat2 praktikkan apa yang dipelajari. Saya juga suka rakan bisnes yang seperti ini. Bertukar tukar bahan bacaan adalah kehidupan yang menggembirakan. kan?

2. SUKA DENGAN ORANG LAIN & KEHIDUPAN MEREKA
Its not all about ME. Bisnes network marketing seperti Shaklee adalah mengenai membantu orang lain mencapai apa yang mereka impikan. Jika anda tidak suka ber"network" dengan orang lain, agak sukar anda bertapak. Asalkan anda belajar dan merubahnya pasti anda boleh maju. Di alam maya seperti FB, suka "like" dan komen" di post orang lain dan tidak terlalu "self absorb" adalah sangat bagus. Anda amat social di laman FB, dan bukan pasal Shaklee saja. Anda meriah dengan personaliti yang disukai di laman sosial. Anda memaparkan "a better version of you" di laman sosial...Anda sangat sesuai berbisnes seperti ini.

3. TAK SUKA REALITI KEHIDUPAN ANDA SEKARANG
Anda sentiasa tak cukup duit. Anda terkongkong dengan pekerjaan yang tidak menggembirakan. Anda tak cukup masa untuk buat apa yang anda suka. Anda tak sanggup nak fikir bekerja seperti ini sehingga umur pencen 65tahun. Duit belanja selalu tak cukup. Savings lagi lah tak ada. Mahu beri yang terbaik untuk anak2 ibu bapa. Mahu lari saja dari Malaysia kerana tak tahan dengan keadaan ekonomi yang makin mencekik, tapi duit tak ada. Anda tak sempat menjaga tubuh (bersenam dsb) kerana sangat sibuk bekerja. Semakin hari tubuh terasa menua dengan pantas kerana gaya hidup 9-5 yang stress dan tak sihat. Anda tak boleh agak bila agaknya dapat menjejak kaki ke Mekah untuk Umrah/Haji..Tak boleh kisah keadaan orang lain sebab keperluan sendiri pun tak mencukupi, manakan hendak memberi. Nak mula bisnes, kerja sampai malam mana ada masa. Modal pun tak ada sebab masalah duit tadi. Hmmmmm..kalau anda ada ciri2 di atas, percayalah anda perlu berbisnes. Bukan mulakan bisnes dengan hobi anda, tetapi mulakan dengan peluang yg dah ada di depan mata. Macam saya, Shaklee bukan hobi saya, tetapi saya nampak potensi jangka panjangnya kerana semua orang perlukan supplement kesihatan yang semulajadi untuk selama lamanya. Lagi teruk rasanya anda dengan realiti hidup anda, lagi cepat roket bisnes anda launching. percayalah!

4. TIADA MODAL, TIADA MASA, TETAPI BANYAK MASA DI FB
Haaa macamana tu. Sambungan point #3. Shaklee perlukan RM65 sahaja untuk bermula tetapi SEJUTA perubahan dalam diri untuk berjaya. Modal nya adalah diri sendiri, buang alasan, buang yang negatif. Anda mungkin bekerja full-time tapi mahu sangat establish bisnes dan tak mahu lepaskan gaji bulanan sementara nak establish bisnes. Boleh dengan Shaklee. Macam yang saya buat tu..Kebetulan, Anda banyak masa pula berbual di FB, maksudnya anda boleh gantikan masa itu dengan membina empayar bisnes.Network marketing adalah mengenai perkara perkara kecil yang anda lakukan secara berterusan. seperti share satu benda menarik tentang Shaklee dan business nya setiap hari. You will be blown away with what it could give you in A YEAR.

5. BERSEDIA UNTUK PERSONAL DEVELOPMENT
Membina kendiri. Satu perkara yang blow my mind dengan bisnes ini adalah betapa bisnes ini berkadar terus dengan proses saya membina diri - minda dan spiritual. Dalam group kami, amalan sunat, ibadah tambahan selain memperbaiki yang wajib amat dititikberatkan. Memang susah bab yang ini. Saya tak nafikan. Tapi lazatnya Ya Allah. It makes me happier with what I have, and stronger with what the business put me through. Jadi ada peluang sebegini memang saya bersedia. Peluang menambahnilai amalan dan kendiri. Selain itu, saya belajar mengenai minda, persepsi, bersifat positif, gembira atas kejayaan orang lain, bangun pagi lebih awal, disiplin -- sesuatu yang saya tak amalkan atau cuba utk ubah semasa saya bekerja dengan orang lain. Anda mesti suka kalau dapat ubah sifat yg buruk kepada lebih baik, dan hasilnya adalah kebebasan memilih, kebebasan masa dan kewangan. Siapa yang tidak kan??

Ini baru 5 perkara, yang menandakan kita sesuai berkerjasama. Saya berazam hendak mencapai RM50,000 sebulan dengan stabil pada tahun hadapan, maka syarat pelan bisnes ini, saya perlu membantu mungkin 4-5 orang untuk mencapai 5 angka yang stabil dan meningkat setiap bulan. Jika anda adalah antara 4 dan 5 orang itu, dengan ciri ciri di atas, silakan hubungi saya di 0122727995 (whatsapp) atau PM di FB Aishah Amin.

No comments:

Post a Comment

komen di sini!