Monday, January 05, 2015

10 cara untuk menghadapi hari ISNIN



Assalamualaikum!..here we are another MONDAY...Harini saya bangun pagi ..walaupun tak sepagi yang saya rancangkan. Tetapi saya sangat ceria kerana saya dah mandi, ofis (rumah) saya dah kemas, bau kopi pun dah ada pada jam 7. Sambil tunggu matahari terbit.

"SEMUA MULTIMILLIONAIRE BANGUN JAM 4 PAGI. TAK KIRA LAH PUKUL BERAPA DIA TIDUR"

Tak kira lah juga dia org Islam ke Non-Muslim. Malu je jadi orang Islam bangun lambat, sebab banyak benda boleh grab dari jam 4 hingga 7 (ni malu untuk diri sendiri). Sepertiga terakhir malam if you know what I mean.

OK saya pun menghadap hari Isnin macam semua orang. Bagi saya kalau Isnin tu bermula hebat, akan hebat lah sepanjang minggu. Kalau Isnin pun dah kelam kabut terkocoh kocoh, memang lah permulaan yang rosak untuk sepanjang minggu. SETUJU?


1. Plan dari sebelum tidur pada hari Ahad.
Sebelum tidur hari ahad tu, rancang dan visualise bagaimana pagi anda akan berlaku besoknya. Anda bayangkan anda dah mandi dan wangi sambil senyum, hirup kopi slow slow tunggu matahari terbit..aaahh..slurrrppp ..

2. Bangun awal
Saya tahu ramai je yang bangun awal tapi terkocoh kocoh nak siapkan barang anak itu ini sebab nak tempuh jammed, pagi isnin memang thorbaekk jammed dekat Federal Highway..kan?. Memori betul..anyway..kalau anda dah bekerja sendiri, anda bangun untuk diri anda sendiri. Ini lah waktu paling senyap, dan paling segar untuk anda bersiap siap, gembira bertemu Allah, baca Quran sikit, kemas2 rumah untuk menyambut kedatangan Isnin.

3. Jangan skip sarapan
Jika anda membaca email yang bertimbun dalam keadaaan lapar... Pada jam 10 pagi..hmmmm not gooddd..Kalau lah memang terlambat sangat, tolong la isi perut dengan ESP!!
Nak Beli ESP sekarang pun boleh..hehe

4. Look Good / Feel Good
Harini, capai lah baju yang berbeza daripada yang anda selalu pakai. Cuba tambah masa bersiap sikit, dengan letak eyeliner ke, perfume ke..jangan lupa deodorant ya kalau badan berbau. Kalau masalah still sama, sila beli ini..sangat bagusss untuk masalah bau badan.

5. Treat yourself
 Kalau dah lama teringin nak makan nasi lemak kukus dekat depan sekolah tepi ofis tu pergilah beli....pastu singgah San Fransisco Coffee untuk Caramel Latte ..yummmyyyy..Ala hari Isnin kan. Nasib baik bukan hari hari hari Isnin, kalau tidak masak..gemok juga..

6. To-Do List!
Ha ni saya dah buat, ada 15 perkara saya kena strike sebaik minggu ni berakhir. Caranya, duduk sorang- sorang senyap senyap selama 15 minit dan tulis apa saja yang anda perlu selesaikan dalam minggu ini. Jangan tengok handphone jangan tengok TV jangan leka. FOKUS. 15 minit ini adalah penentu kejayaan minggu anda...:)

7. Tutup GADGET harini
Kalau anda rasa macam semua orang update Instagram diorang dengan gambar pantai lah, percutian lah dan anda berada dalam komuter yang hening..semua orang update status dengan ceria nak sarapan macam saya. Korang take a day off internet, and feel good about yourself. Design la your own Monday! Berani???..hmm selalunya dalam komuter lah korang scroll whatever untuk membuang masa kan..i know it..

8. Buat sesuatu yang tak selalunya you buat hari Isnin
Macam gardening ke sebelum pergi kerja..  pergi tulis surat kepada kawan lama ke..pergi tengok re run Running Man ke..buat yang santai2, afterall harini bukan korang kerja sangat pun kan?.. I knew it!!

9. Rancang sesuatu untuk Malam ni
Oh tak habis2 nak treat yourself because its Monday kan? mrasa lah sedih sangat Monday korang. Ha call la suami ke isteri ke kita pergi dinner special2 malam ni. ha mesti diorang cakap..eh over sangat macam lah dia sorang je stress dengan Isnin.

10. SENYUM SEPANJANG HARI
Allah sangat menurut sangkaan hambanya. Disebabkan korang moody dan kelam kabut pagi Isnin, dia kasi la a BLUE MONDAY. Cuba korang ceria dan senyum kepada sesiapa saja harini, and see what will come back to you. OK SENYUM SEKARANG.

p/s: #Projek2ribu batch 3 sedang dalam pengambilan sekarang. Jangan lambat tau. RM2,000 extra by GST ni. PENTING



No comments:

Post a Comment

komen di sini!