![]() |
| Loving my 2014! |
2014 meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit sebenarnya.
1. Saya tidak lagi bekerja 9pagi hingga 6petang sejak 17 Januari.
![]() |
| Bisnes dari rumah- rumah ada pool side gitu :) |
Tapi percayalah ia sangat rewarding. Saya masih mengadaptasi hidup sebagai seorang ibu bekerjaya di rumah. Kerana ia juga tidak mudah. Tetapi selepas beberapa bulan saya telah menemui rentak itu.
2. Master Coordinator Shaklee - Sejak Mac
Ada kisah di sebalik rank tertinggi dalam Shaklee ini. Saya tidak terus mendapat title ini bilamana kesilapan pengiraan dan administration di pihak Shaklee menyebabkan saya harus menanti saat disahkan menjadi Master. Akan tetapi saya bersyukur mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Shaklee ini. Ada beberapa ketika saya menangis kerana kemelut nya agak panjang, tetapi ia mengajar saya erti tabah dan erti redha hehe...OK masih ingat semasa National Conference, maskara ku meleleh sebentar OK kerana tak ada poster Masterku di dinding..Redhaaa..
3. Kelahiran Puteri kedua, Imaan - April
![]() |
| Imaan, permata hati |
Kami dikurniakan seorang puteri yang sangat comel beberapa hari selepas rank up Master. Sehingga sekarang, Imaan adalah seorang baby yang sangat mudah dijaga, dan happy sentiasa. Dia lah penawar hati saya setiap kali saya melalui dugaan dugaan mendatang. Senyumannya dan keletahnya saya hadap 24 jam sehari, tak pernah jemu. Tak boleh imagine bagaimana rasanya meninggalkan Imaan di nursery/babysitter. Thanks bisnes Shaklee untuk ini!
4. Pembelajaran dari kegagalan
Jika anda telusuri perjalanan 2013 saya, pasti anda boleh nampak saya macam tak pernah gagal, dan paling teruk, tak belajar apa apa pun. Cuma terus naik dan naik dan naik..(in my business terms). Tahun ini tahun yang paling bermakna (mungkin bagi sesetengah orang, ia malang)..tetapi bagi saya ia sangat mengujakan sebab akhirnya saya dapat hentakan paling kuat tentang realiti bisnes ini. Saya bersyukur saya berpeluang mengecapi kegagalan sebab terlalu banyak pelajaran yang saya dapat kutip. Saya belajar tentang realiti bisnes Network Marketing, saya belajar tentang letting Go, saya belajar tentang self development, saya belajar tentang "gagal dahulu, baru berjaya"...Saya belajar tentang konsep rezeki dan redha, saya belajar erti ketenangan, saya belajar erti working smart..saya belajar tentang menangani isu & konflik.
Tahun ni saya banyak membaca. Menonton video berkaitan, yang buat saya sedar, inilah bisnes untuk saya. Dan apa yang saya lalui adalah perlu untuk maju ke depan..Saya yakin 2015 milik saya InshaAllah..milik LiSA.
5. Kelahiran #projek2ribu
Semasa rasa gagal dan down, saya ambil masa untuk mencari ketenangan dan merangka cipta #projek2ribu. Projek yang membantu menjana pendapatan dari model bisnes untuk mula menjana RM2,000 dari bulan ketiga penyertaan. Blueprint sudah tersedia, dan setakat ini 12 orang peserta sudah bermula. Saya menjangka kan lebih banyak penyertaan untuk memulakan bisnes ini kerana 2015 bakal mencabar untuk poket dan kewangan keluarga/peribadi. Model bisnes Shaklee dah tersedia, saya cuma guide anda untuk lakukannya.
Saya bersyukur kerana diberi peluang kesihatan sepanjang 2014. Saya juga beruntung disokong emosi dan fizikal oleh suami tercinta. Termasuk keluarga, mak abah adik2. Semoga 2015 memberikan kejayaan dan kegembiraan untuk semua pembaca blog saya juga, InshaAllah
Aishah Amin | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com



Wahhh .. selamat berjaya dengan projek ni.
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2015
ReplyDeleteBersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...
terima kasih Tuan Hasrul dan Tuan Najib! InshaAllahh.. :)
ReplyDeletesinggah sini
ReplyDeleteWah!! Tahniah master. Nice to know u ;-)
ReplyDeletetahniah :) moga terus maju!
ReplyDelete