Apa yang saya perasan kalau nak berjaya ada dua perkara kena ubah
1. Tabiat Fizikal
2. Tabiat Mental
Kedua duanya mempunyai kepentingan yang sama. Balance. 50-50.
Sebagai mentor, sangat mudah nak beri tips no.1. contohnya ha kau buat iklan macam ni 3 kali sehari. atau kau buat entri blog sekali sehari. bangun pagi awal-awal. Korbankan hobi, waktu tidur. Tabiat fizikal senang nak ckp, sebagai leader, kita kena buat dulu orang akan ikut.Apa pun habit, kena buat secara konsisten selama 21 hari, nak jadi habit, dan 90 hari untuk menampakkan kesannya.
Tapi untuk tabiat mental, hmmmm ini yang tricky. Tak semua orang datang dengan tabiat mental yang terus hebat untuk berjaya. Nak jadikan mental habit kena selalu beri peringatan pada diri. kena selalu "psycho" minda. Lagipun minda kita ni yang selalu sabotaj diri sendiri dari mempunyai tabiat mental yang utuh lagi kukuh.
Tabiat yang list kat bawah ni saya baca dekat inc.com
Ada caranya untuk merubah tabiat mental ni, tapi yang tu saya ajar kan secara eksklusif, kerana tabiat kena dipupuk. Best bila buat bersama2 dalam group. Tu sebab LiSA sentiasa meriah dan positif kerana kami mahu memupuk tabiat yang baik bersama sama.
1. Tabiat Positif
Orang yang semulajadi positif dia akan melihat semua perkara sebagai sesuatu peluang, dan keseronokan. Diorang ada kebolehan menvisualisasi apa yang dia mahu dan seterusnya bertindak. Tetapi org negatif akan sentiasa nampak perkara perkara yang menakutkan, nampak masalah, dan akan mula keluar alasan. Diorg ni ada kebolehan juga, kebolehan untuk visualisasi semua benda gagal dan tak boleh..haha. So diorg tak bertindak dan duduk dalam ketakutan.
2. Empati
Pemikir empati ni diorg bijak memahami apa yang team members dan customers mereka perlukan. Mereka bijak menelah apa yang memotivasi mereka dan apa yg beri inspirasi kepada mereka untuk bantu mereka capai matlamat. Mereka ni semulajadinya memang leaders dan sales person.
Ha sebaliknya yang ego centric ni pula dunia mereka berpusing dalam hidupnya sahaja. Dia terperangkap dalam emosi dan fikiran mereka sahaja. Macamana nak fikir pasal orang lain? kan?
3. Objektif
Ha pemikir objektif ini adalah mereka yang kental. Mereka faham yang bisnes ini memang ada future, dan mereka kena kekal tonggang terbalik macamana pun sebab mereka percaya yang masa depan mereka ada dalam bisnes ini. Mereka percaya mereka kena lalui saat yang susah sebab inilah penentu kejayaan mereka nanti. "Saya kena stay dalam bisnes ni bila semua orang tinggalkan sebab saya bakal jadi juara."
Sebaliknya pemikir yang subjektif, dia ada masalah terikut ikut trend. Orang buat Shaklee moh buat Shaklee..pastu orang buat Larome, moh buat Larome, orang buat jeruk mangga moh buat jerukkk. So senang terkabur matanya. Kalaulah mereka tahu habit ini membuatkan mereka akan sentiasa mencari cari. selama lamanya ..Business Hunters selalunya diorang ini.
4. Kesabaran
Wah ini perkara yang saya pelajari juga, walau masih sangat lemah. Orang yang sabar dia tau bila nak push bila nak lepas. Dalam bisnes ada banyak benda mcm ni. Kita tau bila nak letak sikit pressure, dan tau bila nak let go. Mereka yang sabar percaya, orang lain ada rentak sendiri dan jadual sendiri, yang kita boleh kawal cuma kesabaran diri sendiri.
Sebaliknya yang tak sabar, dia akan penat sebab dia akan keep pushing semua orang. Sampai semua org lari. Agresif sangat sampai menakutkan orang lain, dan memenatkan diri sendiri..HAHA
5. Pemurah
Orang macam ni dia suka berkongsi dan memberi apa saja yang dia ada. Mereka faham yang lebih banyak mereka memberi, lagi banyak akan datang kembali kepada mereka. Disebabkan ini mereka menarik lebih ramai orang kepada mereka.
tetapi ada juga yang kedekut, dan takut nak beri sebab takut habis atau takut dikalahkan. Baginya kejayaan adalah mempunyai lebih harta dan lebih ilmu dan lebih segala galanya dari orang lain jadi jangan lah berkongsi.
6. Bersyukur
Orang yang bersyukur selalu refleksi apa yang dia sudah ada dalam hidup. Bagi mereka kejayaan datang dengan kerja berpasukan, dan mereka selalu tak lupa berterima kasih kepada sesiapa yang telah membantu.
Manakala orang yang tidak bersyukur akan rasa sengsara kerana walau dia ada macam2 perkara dalam dunia ni dia masih rasa tak cukup. Mereka suka tengok kehidupan orang lain dan membandingkan dengan hidup nya yang baginya menyedihkan, maka dia tidak akan bahagia selamanya sebab tidak pernah cukup.
Cuba refleksi diri kita jika kita sudah mempunyai tabiat mental yang positif. Afterall, usia kita bukan lah lama pun nak tenggelam dalam tabiat tabiat buruk. bila lagi kan?

ye panjang lebar penerangannya..good info..
ReplyDeletesalam kenal juga dr knor..
Pendengar yang baik biasanya disukai oleh pencerita, manakala pemerhati yang kaku kerana tiada ilmu...kan..
positif
Salam kenal juga. Bagus tips utk berjaya ni.
ReplyDeleteTq kak nor and Lyd, terima kasih kerana sudi berkunjung :)
ReplyDeleteWahh! Good tips . Tq for sharing. It might be useful for me to achieve my goal .. tq tq
ReplyDeletepencuci minda ayat ayat dalam entry ni... tapi kena jugak panangan sebijik dua... orang buat tu dia nak buat tu orang buat ni dia nak buat ni.. last last dapat buat jeruk jer... hehehehe
ReplyDeleteSalam kenal juga.bukan mudah nak berjaya.kena ada Minda positif kan
ReplyDelete