So hospital ambil darah dan stool sample untuk diuji. Hasilnya adalah ROTAVIRUS.
Wallahualam mana dia dapat virus ni, sebab kawan kawan di sekolah takde pula yang kena. Memang agak extreme diarhea nya lepas tu budak2 baya Izzah ni nak suruh minum Performance Drink pun tarik-tarik rambut dah mak. Nak kasi ubat pun masuk ikut mulut memang hadoyai....
![]() |
| air ni show je, minum sikit2 aje. mata dah mula sunken tanda dehidrasi |
![]() |
| btw, ini terbaik untuk cirit birit uols, tak perlu lah 100plus yg bergula tu |
So serah diri lah cucuk dan drip masuk air. Alhamdulillah. walaupun masih ke toilet, tapi kami tahu dia dalam jagaan yang baik.
Ia tidak terhenti di situ rupanya. Hari kedua di hospital baru kami disahkan Izzah dijangkiti Rotavirus. Dan ia sangat HIGHLY INFECTIOUS. Anak anak kecil dinasihatkan tidak melawat Izzah, termasuklah adiknya Imaan..sobs..
Jadi arrangementnya suamiku menjaga Izzah, dan saya menjaga Imaan pada waktu malam. Simple kan.
Sampailah suami saya mula cirit birit dan demam juga. Ohoii..
Maka bermula lah episod episod mencabar, bila Imaan terpaksa ditinggal dengan Atok Wannya, sebab suamiku harus berehat setelah dijangkiti. Baru saya sedar tinggi sungguh kadar jangkitan Rota ni bukan main2. Saya pula terkena tempiasan jangkitan ini juga selepas Izzah dibenarkan keluar dari hospital. Sekarang ni saya masih layan kembung kembung perut haish..
![]() |
| PAF kids, masa ni belum confirm rota hehe |
Saya kumpulkan pengalaman kami dengan Rotavirus untuk pedoman ibu bapa lain.
tanda - tanda jangkitan:
- Muntah
- Cirit birit
- Demam
- kembung perut
Rotavirus sangat bahaya kerana dehidrasi boleh terjadi dalam masa yang singkat.
Ia berasal dari jangkitan dari najis - masuk secara oral dalam tubuh anak- anak. Selalunya kerana tidak mencuci tangan dengan bersih selepas membasuh najis, kemudian menyentuh makanan. (Itu sebabnya ia selalu terjadi kepada anak anak di nurseri).
![]() |
| dekat pintu bilik kami ada warning ini |
Ia tersangatlah mudah berjangkit kepada kanak kanak lain dan juga orang dewasa (especially caregivers). Jadi setiap kali menguruskan pesakit di toilet, haruslah cuci tangan dengan bersih plus antiseptik. Even stain di tombol pintu boleh menjangkit jika dalam tempoh 24jam.
Virus Rota boleh diinkubasi selama 48jam, jadi mungkin harini anda terdedah tapi tak akan jatuh sakit hingga 2 hari lagi.
| comel sangat bila teacher dengan classmate izzah melawat |
Rawatan pantas
- menambah kadar elektrolit dalam tubuh, untuk replace air yang hilang akibat cirit birit.
- rawat kembung
- rawat demam
- antibiotik
Jadi kami ingat Izzah punya masalah makan ubat akan hilang selepas dipasang drip sebab semua ubat boleh masuk ikut jarum..hoyeahhh..rupanya tidak ya. Masalah Rotavirus ni berada di perut maka kebanyakan ubat harus diambil secara oral. Tetap kena telan ubat ya ibu2. 2-3 jenis pula tu..
![]() |
| Semoga kami cepat sembuh..aminn |





No comments:
Post a Comment
komen di sini!