Shaklee adalah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dan sejak pelancaran boikot barangan Israel, juga syarikat Amerika yang menyalurkan bantuan kepada Israel -- bisnes kami mendapat tempiasan yang berat. Paling mudah adalah mensinonim kan syarikat US dengan Israel, di atas polisi kerajaan US terhadap Israel. Untuk yang tidak mengkaji dan mendptkan sumber sahih, memang mudah membuat konklusi yang Shaklee menyumbang kepada Israel, hanya kerana ia adalah produk US.
Sebagai seorang yang menentang keganasan Israel, sudah pastinya kami pun berada dalam situasi "panas punggung" apabila kecoh berlegar sebuah website yang menyatakan mereka adalah dari Shaklee dan menyalurkan dana kepada Israel - Keneseth Israel. Dah tu dia memang gunakan logo Shaklee yang rasmi bukan logo Independent Distributor. Yang sudah lama menanti saat ini juga mula berkempen untuk memboikot Shaklee. Pastilah, bila lagi masanya kan? Yang pasti pihak itu adalah badan kebajikan yang berdaftar sebagai Shaklee Independent Distributor seperti saya tetapi di USA, dan mendapat bonus bisnes setiap bulan lalu disalurkan kepada Israel. Itu haknya yang Shaklee tak boleh halang seperti mana Shaklee tiada hak untuk menghalang jika saya ingin menyumbang kepada Palestin. Tetapi situasi Keneseth Israel itu memang buat saya panas..kerana banyak penjelasan yang harus dilakukan..kepada bisnes partners dan pelanggan pelanggan. Saya memang tak boleh nak debat lebih lagi kalau mereka pilih untuk tidak membeli barangan USA, kerana ia memang dari USA :)
Dan sebagai seorang pemimpin bisnes, adalah menjadi kewajipan untuk saya mendapatkan kebenaran khusus untuk meleraikan keraguan di minda anak buah yang baru bertapak, juga pelanggan setia tersayang. Ini juga untuk saya sendiri, sebagai leader yang mempunyai empayar bisnes yang makin besar. Saya tak mahu terlibat dalam bisnes yang ada hubung kait dengan syarikat yang menyokong dan membiayai keganasan dan pembunuhan. Jika betul Shaklee membantu keganasan, saya bersedia untuk berhenti berbisnes, kerana bisnes Shaklee telah banyak mendidik saya, rezeki Allah ada di mana- mana :) Saya tak kisah bermula semula.
Tetapi selama saya mengenali falsafah syarikat Shaklee, saya sangat yakin dalam hati yang mereka tidak akan sesekali membenarkan dana mereka tersalur dalam membiayai Israel. Tapi apa pun we have to find out!
Maka kami menggunakan saluran kumpulan Jutawan (yang memegang 70% dari keseluruhan sales Shaklee Malaysia) untuk berhubung sendiri dengan Shaklee di Malaysia, dan menulis direct kepada CEO Shaklee, Roger Barnett di USA. Hasil persoalan (dan mungkin tekanan) -- Shaklee Malaysia mengeluarkan kenyataan syarikat tentang pendirian berhubung isu Israel,
kemudian Shaklee Malaysia menghubungi sendiri Keneseth Israel supaya membuang logo Shaklee yang disalahguna di dalam web page mereka. Dan Roger Barnett juga President of Shaklee International (Bradford) sendiri menjawab persoalan yang diajukan kepada mereka. Segala jawapan beliau amatlah positif dan kami yakin kami tidak menyumbang kepada mana- mana keganasan dan pembunuhan.
Moral of the story:
- Shaklee Malaysia yang sudah mengalami peningkatan jualan sebanyak 800% sejak 5 tahun lepas, merupakan salah satu negara dengan pencapaian jualan yang hebat, maka Shaklee HQ tidak boleh mengabaikan persoalan atau tekanan dari sini.
- Kumpulan Jutawan yang rata- ratanya terdiri dari muslim pula menyumbang 70% dari hasil jualan Shaklee Malaysia, dan diiktiraf oleh CEO Shaklee sendiri sebagai one of the best growth for Shaklee ever seen before.
- Kerana kekuatan ini sahaja, tekanan dan persoalan peringkat tertinggi boleh disampaikan dengan mantap. Bayangkan kumpulan Jutawan cuma 10% dari semua ini. Suara kami mungkin tenggelam dan kami tidak dapat hasil dan jawapan sepertimana yang kami perolehi hari ini.
- Di sini nampak jelas betapa pentingnya orang Islam menjadi lebih kuat secara berkumpulan dan lebih kuat secara kewangan. Ini baru dalam bisnes Shaklee yang kecil, bagaimana pula kalau Muslim menjadi lebih kuat dalam segala segi? Boikot satu hal, menjadi kuat secara kewangan juga satu aspek yang maha penting kan?
Akhirnya, walaupun setiap individu masih ada pilihan untuk memboikot terus produk USA, kami akan terus mebantu lebih ramai orang untuk sihat bersama Shaklee, dan juga membantu lebih ramai menjana pendapatan tambahan.
Bila ada jawapan, keyakinan itu pasti bertambah!
Aishah | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com



assalam dear..boleh tak sy copy sedikit article ni bahgain moral of the story???
ReplyDeleteboleh che rus..silakan :)
ReplyDelete