Tuesday, August 26, 2014

US Trip - Shaklee LIVE! (PART ONE)

di Long Beach Arena, Los Angeles


Yes, saya baru sahaja pulang dari trip konvensyen Shaklee di USA. Cycle lepas saya berupaya mengumpul 2 keping tiket untuk trip ini. Alhamdulillah. Maka saya dan suami layak menyertai rombongan 300 leaders Shaklee ke Long Beach dan San Francisco California.

Bagus juga layan jet lag. Boleh tulis blog kan?

Long Beach sangat cerah, terik tapi tak sepanas Malaysia. Kami semua ditempatkan di Hilton dan sebahagiannya di Hyatt Long Beach. Sarapan kami di cater khas (Halal) setiap hari. Sebanyak 7 buah coach yang ferry kami ke sana sini. Tumpuan kami di Long Beach adalah Shaklee Live selain beberapa trip yang fun ke Disneyland, Hollywood Boulevard, Beverly Hills dan Universal Studio. Yang ni saya akan blog lain. Harini saya nk blog pasal SHAKLEE LIVE.
with Master Puteri dan CTZ

3 hari pertama kami di Long Beach, Los Angeles dipenuhi dengan aktiviti sekitar Shaklee Live Global Conference 2014. Selain 300 orang delegasi Malaysia, terdapat lebih 4,000 orang lagi yang hadir di Long Beach Arena. Saya baru tahu Global Convention ini diadakan 2 tahun sekali, dan kali ini delegasi dari Malaysia memang ramai, terserlah dengan peningkatan 300% sales dalam setahun.

Hadir di Shaklee Live membuka mata saya kepada banyak perkara. Memang objektif saya mahu buka skop minda saya di sana, di samping berkenalan dengan leaders lain dari negara sendiri dan negara lain.
love this #ShakleeEffect . It create conversations. unlimited.

- Ramai leaders dari USA Canada yang telah menjalani kehidupan lebih sihat bersama Shaklee selama berpuluh tahun dan beberapa generasi. Mereka bukan sahaja lebih sihat tetapi sudah bebas dari kerja 9-6 selama 3-4 generasi.

- Tidak seperti kami yang rata- ratanya Master Coordinators, mereka tidak tidaklah menekankan ranking tetapi mendalamkan pengetahuan dan meluaskan perkongsian mereka mengenai kebaikan produk Shaklee. Rank datang dengan sendirinya apabila mereka berkongsi dengan lebih ramai orang dan membantu orang lain.

- Sejak 10 tahun lalu, Shaklee melabur berbilion bilion USD untuk penyelidikan. Tumpuan utama adalah untuk menyesuaikan gaya hidup moden dengan produk mereka di samping memperkukuh aspek semulajadi dan kadar penyerapan (bioavailabiliti) tubuh badan terhadap produk. Ia natural, dan dipermudahkan khusus untuk tubuh. Tiga produk baru diperkenalkan - Mind Works (untuk minda yang tajam -- teringin yang INI), Blood Pressure (untuk hmm obviously) dan Vitalizing Protein (all in!!).

- Konsep USE, SHARE and BUILD -- untuk semua leaders terapkan kepada organisasi masing- masing. Kerana inilah asas bisnes kami. guna, kongsi dan BINA.

- Tiada langsung penekanan untuk menjadi kaya atau billionaire di sana tetapi apa yang dipertekan sepanjang 3 hari adalah penemuan baru saintifik Shaklee, penekanan konsep USE SHARE and BUILD, Social Media impact, dan penghargaan kepada business Achievers seluruh dunia.

- Mereka yang hadir sangat santai. Crowd yang tidak intimidating langsung e.g berbaju dress ketat, mekap tebal etc. Mereka semua normal hahahaha. Kami yang dari Malaysia ni pun bebas berjubah berbaju kurung dan sebagainya. Sangat rileks. Tiada feel bisnes atau pun hmmmmm MLM... 

- kesemua kami US qualifiers dapat naik pentas sekurang kurangnya dua kali. Merasa naik stage di Arena Long Beach!! Feeling Grammy Awards. "From Malaysiaaaaa" (yg ni US qualifiers je paham)

awards yang dimenangi :)

kena sebut nama lepas amik award tajaan Tiffany & Co.

Ada beberapa sesi khas yang membincangkan topik topik menarik seperti Maria Shriver (bekas First Lady California) mengenai Architect of Change, Hear Say Social Media bersama Dan Rajzack.

Dan tentunya diakhiri dengan persembahan dari penyanyi kegemaran makcik, JEWEL. Tak menyangka dapat tengok Jewel nyanyi live OK.
"In the end, only kindness matters"

Ni nota tambahan pemerhatian saya yang dikongsi di Facebook:

Satu perkara yang saya perhatikan semasa Shaklee Live tempohari adalah keghairahan mereka menunjuk nunjuk. Mengenai bagaimana Shaklee telah merubah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Saya tengok juga kot mereka nak tunjuk Porsche atau Ferrari baru, mansion di Beverly Hills, tapi tak ada. (U know kot ada tipikal things yang pasti akan buat saya ca alip but hehehe).

Yang ada cuma keghairahan berkongsi. Berkongsi bagaimana Shaklee telah membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bagaimana Shaklee telah membantu mereka mendapat kebebasan (masa, kewangan dll) melalui kaedah berkongsi.

Tak ada satu perkataan pun sebut "this is our Shaklee multimillionaire".. Atau sebut mengenai kita kena buat sales sales salesss supaya kita kaya. Jauh sekali.

Yang saya ketemu adalah atok2 nenek2 yang dah 40 tahun berkongsi mengenai Shaklee. Dan ramai Wanita yang ketemu kebebasan dan menjadi "stay at home mother".

Tasha Starr - Canadian Master Coordinator yang sangat inspirational

Dan mereka semua bukan Master Coordinator. Mereka mungkin mendapat kebebasan melalui USD5K sebulan sebagai Coordinator tetapi kerana keghairahan mereka berkongsi, mereka telah earn USD5K itu setiap bulan selama 10tahun.

Makes me realise, anda tak perlu jadi jutawan pun. Anda cuma perlu sihat, ada cukup dr segi kewangan dan gembira dengan apa anda lakukan. That'S #ShakleeEffect !


Aishah | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

komen di sini!