![]() |
| My 4-month sweetheart |
Saya nak dokumentasi kisah kesinambungan penyusuan anak saya Nadhrah Imaan, 4 bulan. Sebagai WAHM yang nak menjaga anak sendiri pastinya nak berikan beliau khasiat susu ibu selama 2 tahun. Kalau tak what's the point, baby?Ya lah selain banyak lagi sebab2 lain. Sedangkan Izzah pun saya tamatkan penyusuan itu walaupun saya berkerjaya dan sering terbang ke sana sini. Imaan apatah lagi.
Saya layak tiket ke USA sewaktu saya baru sahaja mengandungkan Imaan. Dan saya sudah menjangka saya memang akan terpaksa tinggalkan dia di Malaysia. Walau polisi Shaklee memang tak benarkan anak di bawah 4 tahun menyertai Convention antarabangsa (walau dibayar sendiri), saya juga bersetuju bahawa, aktiviti kami sepanjang berada di USA sangat padat, dan tidak mesra baby. Jadi mereka lebih baik ditinggalkan. Option untuk saya tidak sertai juga ada, cuma inilah peluang saya untuk mewakili team LiSA yang berkembang pesat di samping memberi inspirasi kepada mereka untuk melayakkan diri mereka menyertai trip 6 bintang tajaan Shaklee ini. 10 hari bukan tempoh yang sekejap untuk meninggalkan baby sekecil Imaan. Luluh hatiku....
Anyway, saya tekadkan pemergian saya ke USA, dan apabila saya layak tiket kedua, suami juga layak turut serta. Apabila sudah bertekad, maka harus ada action plannya. Di dalam rules penyusuan susu ibu, anak sepatutnya tidak diberikan apa- apa selain susu ibu sehingga mereka berusia 6 bulan, hatta air masak sekali pun. Jadi, 100% makanan Imaan harus saya tinggalkan untuk bekalan 10 hari. Kerja keras harus bermula seawal kelahiran Imaan.
![]() |
| ikut mak pergi kerja huhu |
Sejak tamat pantang, saya mula mengumpul stok. Memang ibu yang DF (direct feeding) perlu lebih masa dan disiplin untuk mengepam lebih dari biasa. Saya berazam untuk mengumpul 400 oz EBM (Expressed Breast Milk) untuk ditinggalkan. Itu pada perkiraan saya lebih dari cukup. Untuk lebihan susu, pastinya saya perlukan tubuh yang sihat dan cergas. Maka pengambilan ESP, Bcomplex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C, merupakan regimen biasa saya dalam tempoh itu. Saya tak mengambil alfalfa kerana bagi saya ESP has done wonders. Tu tak masuk saya mula berVivix. Amboi, meriah OK. Proses mengumpul stok berlarutan dalam bulan Ramadhan. Memang tugasan saya lepas sahur tak putus- putus termasuk mengepam susu. Selalunya saya kumpul 3- 6 oz sehari. Walau begitu ada masanya saya tak dapat mengepam (ada juga time malas, hadeh)
![]() |
| nampak macam cukup, tapi sebenarnya hmmmmm |
Akhirnya saya cuma dapat mengumpul dalam 200oz. EBM. Jumlah itu agak menakutkan, kerana kalau dibahagi sepuluh hari, hmmm macam tak berapa cukup. Tapi Imaan jenis yang tidur sepanjang malam, dan tak minum terlalu banyak. Jadi saya panjatkan doa tak putus- putus supaya dicukupkan rezekinya. Mak saya yang menjaganya pula memang positif, jadi saya tak risau tak tentu pasal. Mak cakap, cukup punya tuu..Kami memang tak bincang langsung pasal "Kalau tak cukup macamana,," atau "susu Formula apa nak pakai?"
Latihan minum susu dalam botol juga harus dibuat sebelum tarikh travel. Saya t
![]() |
| Medela calma yang weird looking |
Imaan reject. waaaa
![]() |
| NUK pulak - weird juga teats dia |
Kemudian saya cuba NUK yang juga digembar gembur. Juga kena reject oleh princess.
Dah lah nak latih bottle feeding perlukan support dari extended family. Kerana Imaan tak mahu saya kasi botol kat dia. Jadi setakat 6-7 kali sahaja bottle feeding training saya boleh jalankan sebelum berlepas. kesemuanya GAGAL! Ohmy..
Beberapa hari sebelum bertolak, saya nekad untuk membeli botol lain. Suami saya kata..udah udah la tuuu..Saya cakap, biar saya decide yang ni. I WILL DECIDE.
Saya buat sedikit pembacaan -- dan saya beli ini.
![]() |
| Holy Grail..haha |
Dan tawakkal - tak sempat nak training beb.
Dan kami pun berlepas ke USA, dengan hati bercampur baur -- sedih ..tak sabar...sayu, excited. Haih..ibu ibu memang akan macamni la kannnn. Sepanjang perjalanan saya berdoa dan RCA, susu saya cukup, Imaan pandaii menyusu terus ..kurangkan masalah kepada Mak, Abah dan adik2 yang sudi menjaganya sepanjang kami di USA.
To BE CONTINUED ..in PART 2
How it all ended :)






Salam perkenalan........comelnya lah muka Imaan........
ReplyDeleteMenarik info ni master puteri. Jom la jenguk blog saya http://syamimicincinungu.blogspot.com/
ReplyDelete