Tuesday, January 06, 2015

3 Detoks Penting dan Ia tiada kaitan dengan Berak

Hai! Pagi ni saya nak cerita pasal detoks. Orang kita suka la kan Detoks ni?..Sebab memang maklum badan kita secara semulajadi mengumpul toksin, as we age.

Bagaimana kita kumpul toksin?
1. daripada pemakanan yang penuh kalori & kolesterol &junk,
2. gaya hidup yang tidak aktif,
3. stress,
4. pengambilan ubat ubatan/antibiotik (jenis dadah) yang banyak.

Tubuh kita pula makin berusia untuk membuang toksin. Bila banya baca ni saya dapat rasakan kesukaran untuk menurunkan berat badan, kulit mudah berjerawat, dan kusam adalah berpunca dari penuhnya toksin dalam badan.

Ramai orang salahfaham mengenai detoks sebagai berak berak. Kalau nak slimming mesti makan produk yang kasi berak berak. Kalau nak tahu berak berak adalah salah satu kesan sampingan detoks sahaja. Tapi bukan berak sahaja penawarnya..sebab detoks ada 3 jenis yang utama dan berak bukan yang utama dan kadangkala kita perlukan sedikit bantuan dari bahan- bahan semulajadi atau juga supplemen yang semulajadi :)

1. Detoks HATI adalah paling utama.
 Kita selalu terlupa fungsi hati. Hati adalah organ kedua tubuh yang terbesar selepas kulit. Hati ni fungsi dia sangat besar sebab dia lah yang menapis segala toksin yang masuk ke dalam badan. Kemudian lepas dia tapis dia hantar balik darah ke jantung untuk dihantar ke seluruh badan.
antara bahan semulajadi bagus untuk HATI


Fatty Liver adalah disebabkan toksin terlalu banyak dan hati pula tersumbat dan tak dapat menjalankan tugasnya dengan betul. Dan dia boleh jadi teruk apabila sampai tahap Liver Cirrhosis - yang dah rosakkan sel hati dan akhirnya boleh membawa kepada kanser dan sebagainya.

Macamana hati boleh rosak kalau tak disayangi

seram oiii

Saya selalu baca mat salleh buat jus untuk membersihkan hati. Dan bahan semulajadi mereka memang yang standard ini..Mesti ada Dandellion, Milk Thistle, Beetroot, (mana nak dapat diorg ni??>_<)..dan kunyit.

contoh Jus Mat Salleh


Orang Asia belah belah Jepun lak memang suka dengan Reishi Mushroom ni tau, untuk kesihatan hati, buah pinggang dan immunity.
banyak sangat khasiat mushroom ni


Shaklee gabungkan bahan semulajadi barat dan timur, maka terhasillah DTX COMPLEX. Senang tak payah pergi supermarket untuk cari bahan Jus.

Kalau korang nak start detox, mulalah dengan HATI, bukan BERAK OK? Boleh dapatkan DTX kat sini..


2. DETOKS DARAH
Pernah tak kita terfikir, bila selalu letih-letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan kita perlu mula detoks darah? Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita.

Produk Vivix memulih sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi untuk detoks darah Vivix paling tepat. Berkenaan dengan kolestrol dalam darah, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam darah akibat pemakanan tidak sihat dan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah. Umum mengetahui kan persekitaran berasid sangat mantap untuk membiakkan sel kanser.. OH NO!!

Jadi 3 produk ini utama untuk mendapat darah yang bebas toksin, dan sistem tubuh yang lebih sihat.
Keseluruhan - VIVIX
Kolesterol darah dan pembuluh darah - Phytocol-ST
Acidity darah - ALFALFA

Promosi sah hingga 31 Januari sahaja!


3. DETOKS USUS
Ha inilah yang paling popular. Berak berak. Umum menyangka cukup dengan sekadar berak anda sudah detoks. Bila saya buat pembacaan sebenarnya tak banyak study yang menyokong bab "pembersihan usus". Teorinya adalah kerana mereka percaya makanan2 yang tidak dihadam akan bertukar jadi toksik dan kembali dipusing ke dalam sistem tubuh.

Apa yang anda boleh makan untuk bersihkan usus
Sebenarnya berak sahaja tidak membersihkan usus. Sebab kita tahu tubuh kita ada sistem yang membersihkan toksin contohnya : bakteria semulajadi yang boleh neutralkan toxin dalam usus, proses sel mati setiap 3 hari dalam usus untuk sel baru bercambah, fungsi hati mcm di atas.

Tetapi untuk memudahkan pembuangan,  ambil lah Herblax.. atau kalau nak elakkan rasa "berangin" sebab tak beberak ambik jer Peppermint Ginger Plus yang diperbuat dari bahan semulajadi. Supaya kelegaan milik anda!! Eh jangan lupa minum air 2-3 liter sehari untuk membuat proses flushing lebih mantap ya?

Hubungi AISHAH | SID : 908079 | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com


2 comments:

  1. ok mantap! rasa nak borong semua tu sekarang gak..siyes ni.. Beli tapi tak makan pun bazir gak kan..toksik dlm poket namanya tu..

    ReplyDelete
  2. Terimakasih untuk informasi ni..hahaha in Sya Allah :)

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen di sini!