Dua orang anak saya ni rupanya ada prone terhadap lelah/asthma. Walau doktor tidak akan menggelar mereka sebagai penghidap asthma (kerana masih kecil), tetapi kekerapan mereka mendapat serangan tu agak membimbangkan. Saya terfikir adakah kerana saya tidak mengawal habuk dengan baik di rumah? Tapi saya juga yakin yang keadaan udara berjerebu teruk merupakan penyumbang utama lelah mereka.
Saya sedari setiap kali Imaan diserang (setakat ni dah 2 kali dimasukkan ke dalam wad untuk dipantau), memang keadaannya agak serius. Izzah sejak berumur 4 tahun sudah kurang serangan, tetapi antara 2 dan 3 tahun dia sangat kerap mendapat serangan.
Jadi saya berazam untuk tidak lagi "bertemu" pakar kanak kanak mereka Doktor Koshy (DEMC Shah Alam), dan mengikut tips beliau untuk mengawal persekitaran anak anak supaya tidak mudah terkena serangan. Saya mengikut tips-tips yang diberikan oleh doktor supaya dapat mencegah asthma dari berulang. Saya juga menambah pengetahuan dan pembacaan mengenai gejala ini, supaya lebih mudah bertindak.
Saya kompilasikan untuk anda ya :)
Saya kompilasikan untuk anda ya :)
Bagaimana asthma terjadi?
Ia terjadi apabila sistem imun anak- anak yang belum matang memberi reaksi kepada satu antigen drpd allergen. Sistem imun ini menganggap benda benda yang tak bahaya sebagai bahaya dan dia terus bertindak dengan meradangkan salur pernafasan (jadi sempit) dan mengeluarkan mukus/kahak yang menyumbat lagi salur pernafasan yang sudah sempit / bengkak. Otot- otot di sekeliling salur nafas juga jadi ketat. Ini dipanggil "bronchoconstriction".
![]() |
| Ini yang terjadi kepada salur nafas bila sistem imun jerit "BAHAYAAAAA" |
Apa jadi kalau asthma tidak di kawal?
Asthma yang kronik kalau dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan sel sel tisu dalam paru paru rosak, dan menyebabkan anda menjadi penghidap asthma kronik selama lamanya.
Apakah tips untuk mengelak atau megawal serangan lelah pada anak anak?
1. Nutrisi semulajadi
Ada dua spot utama pengawalan apabila anak anak anda mempunyai kemungkinan untuk diserang lelah. Ini yang saya fahami lepas melihat trigger gejala mereka dan apa nutrisi yang boleh mengawal keadaan mereka. We control what is within our means. I mean kita tak boleh nak control jerebu, habuk dan sebagainya kan?
a) Sistem imun
oleh kerana sistem imun mereka yang menyebabkan serangan, tambahkan kekebalan dengan menambah baik sistem imun mereka. Anda boleh berikan
- Nutriferon dari Shaklee yang menggalak penghasilan interferon semulajadi tubuh dan mengurangkan simptom lelah
- Vitamin C Chewable untuk memperbaiki tahap imun dan memerangi jangkitan
- Garlic Complex yang memperkuatkan sistem pertahanan tubuh terhadap alergi
b) Salur pernafasan yang bengkak dan sempit akibat reaksi alergi
- Omega Guard dengan pati minyak ikan Omega-3 yang mengurangkan bengkak pada salur pernafasan dan membantu salur udara yang sempit kembali normal, mencairkan kahak juga
![]() |
| Order Set Lelah Kanak Kanak (Perlu ada kad debit/kredit sahaja) |
Tips seterusnya dikongsikan oleh Dr. Alya Hamzah, Pakar Pediatrik
credit : http://www.mmgazette.com/tips-penjagaan-kanak-kanak-yang-lelah-dr-alya-hamzah/
2. Pemantauan berterusan
Adakah anak anda sering diberikan ubat
untuk melegakan batuk dan pernafasan laju, samada dalam bentuk
‘nebulizer’ atau sirap? Kemungkinan besar doktor juga telah memulakan
ubat ‘pencegahan’. Adalah penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak
yang telah disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan berterusan
daripada doktor. Bukan hanya dibawa berjumpa doktor apabila sedang
‘semput’. Ini kerana simptom simptom asma perlu dipantau untuk
memastikan ia dikawal dengan baik dan sekiranya tidak, rawatan
seterusnya dapat diberikan. Walaupun lazimnya asma dalam kanak – kanak
akan semakin ‘pulih’ dengan peningkatan usia, dikhuatiri asma yang tidak
dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada paru paru serta
meningkatkan risiko untuk mendapat serangan asma yang serius. Serangan
asma yang serius boleh membahayakan nyawa.
3. Penggunaan ubat yang betul dengan cara yang betul
Rawatan bagi asma lazimnya terbahagi
kepada ubat ‘pelega’ yang digunakan apabila perlu dan ubat ‘pencegah’
yang perlu digunakan setiap hari. Ada sesetengah kanak-kanak yang hanya
memerlukan ubat ‘pelega’ tetapi ada juga yang memerlukan ubat
‘pencegah’. Ini bergantung kepada evaluasi klinikal yang dibuat oleh
doktor yang merawat. Apa yang penting adalah untuk memastikan ubat
diberikan seperti yang disyorkan dan juga dengan cara yang betul.
Sebagai contoh, kanak – kanak berusia 8 tahun ke bawah selalunya
memerlukan ‘corong’ untuk menggunakan ubat asma yang berbentuk ‘metered
dose inhaler’ atau MDI bagi memastikan mereka menerima ubat secara
optimum.
| Imaan at her 4-month. used this every 4-hours :( |
‘Corong’ tersebut perlu dijaga dengan
baik serta mengikut tatacara yang dinasihatkan untuk memastikan ia
berfungsi dengan baik. Tanpa teknik penggunaan ubat yang betul, rawatan
asma tidak akan berjaya walaupun diberikan pada kekerapan yang yang
dinasihatkan. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak memberhentikan sendiri
ubat apabila anak kelihatan ‘sihat’ sehingga dinasihatkan oleh doktor.
Berbincanglah secara terbuka dengan doktor yang merawat sekiranya anda
mempunyai sebarang persoalan tentang rawatan yang diberikan.
4. Penjagaan keadaan sekeliling
Sesetengah penghidap asma sangat
sensitif dengan keadaan sekeliling mereka. Antara perkara- perkara yang
boleh menyebabkan serangan asma termasuk asap rokok, habuk, cat serta
bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain.
Mengambil langkah langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan
mereka kepada faktor faktor tersebut adalah penting untuk mengelakkan
serangan asma.
5. Meningkatkan aktiviti fizikal
Ramai di antara kita yang menyangka
mereka yang menghidap asma tidak boleh aktif seperti kanak- kanak lain.
Akibatnya, aktiviti fizikal anak – anak ini dihadkan seperti tidak
membenarkan mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani di sekolah. Ini
adalah satu fahaman yang tidak tepat.
Objektif rawatan adalah untuk memastikan
kanak kanak tersebut dapat bermain dan aktif seperti biasa. Ibu bapa
digalakkan berbincang dengan doktor tentang aspek ini kerana terdapat
langkah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan serangan asma
akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.
6. Diari Asma
Ibu bapa disyorkan menyimpan ‘diari
asma’ yang digunakan untuk mencatit simptom simptom lelah seperti yang
diterangkan oleh doktor yang merawat. Diari asma dapat membantu doktor
menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan.
Bawalah diairi ini setiap kali temujanji anda dengan doktor.
7. Pelan tindakan asthma – ‘Asthma action plan ‘
Pelan tindakan ini dapat memberi panduan
kepada ibu bapa menegenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak
sihat. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk mengelakkan kelewatan
memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Ini kerana rawatan
awal yang bermula sebelum anak anak sampai ke klinik atau hospital boleh
menyelamatkan nyawa.
HUBUNGI AISHAH | SID : 908079 | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com
HUBUNGI AISHAH | SID : 908079 | 0122727995 | aishah.amin@gmail.com


No comments:
Post a Comment
komen di sini!