Friday, February 27, 2015

Peluang Bisnes Shaklee di Indonesia

Hai Assalamualaikum,

Saya baru pulang dari Jakarta, bersama keluarga. Memang setiap Tahun Baru Cina kami akan merancang percutian memandangkan suami saya diberi cuti selama seminggu. Jadi perancangan nya dah berbulan bulan.

Mula mula kami merancang mahu ke Bandung atau Jogjakarta. Saya tak berapa berminat dengan Bandung kerana pada saya itu kota membeli belah. Saya lebih suka nature, dan budaya jadi lebih teringin mahu ke Jogjakarta. Sebenarnya Bandung juga ada banyak pilihan yang saya suka cuma nya "pressure" untuk bershopping ada di sana kan..hehe..

Anywayssss.. saya dah terlalu sering ke Jakarta sejak 2 ke 7 tahun lepas, jadi bercuti ke bandar besar bukanlah perkara yang saya impikan. Eh banyak songeh kan? Betul lah pergi ke Jakarta umpama pergi ke KL saja. Bandar besar..metropolis, nothing more. Tetapi selepas mempertimbangkan beberapa perkara, kami mengambil keputusan untuk ke Jakarta.

Beberapa sebab:

1. Ada beberapa teman di Jakarta yang berminat dengan bisnes Shaklee, tetapi..
2. Saya tak berapa yakin nak menerangkan soal marketing plan Indonesia walaupun dah beberapa kali menghadiri taklimat mengenai di KL

2 sebab ini, membawa kami ke Jakarta sepanjang Chinese New Year.
Dengan Pak Peter, Sales Director Shaklee Jakarta

Saya membuat temujanji dengan Sales Director Shaklee Indonesia, Pak Peter dan mendalami selok belok marketing plan bisnes di Indonesia. Selain itu saya juga bertanyakan potensi pemasaran, target market, potensi pengembangan dan apa yang Shaklee boleh support di sana. Dan saya yakin, bisnes ini akan meletup seakan di Malaysia tak lama sahaja lagi. You just need to be there!
Shaklee ada di Menara Citicon, Jl. Slipi

Oh ya, marketing plan Malaysia dan Indonesia sudah diselaraskan supaya SID di Malaysia boleh menaja SID di Indonesia. SID Malaysia tidak boleh berjual beli produk, cuma menaja (maksudnya macam membuka branch). Dengan menaja, kita boleh membantu mereka mengembangkan bisnes mereka. Penaja boleh menikmati Generation bonus (seperti leadership bonus) dari organisasi tajaan di Indonesia. Oleh kerana potensi bisnes internet di sana 100 kali ganda besar dari Malaysia, saya tahu, bisnes Shaklee amat appealing kepada orang orang muda yang sebahagian besarnya pengguna internet.
Cik Kak ni pun belajar kira bonus -_-

Maybe was I meant to be there, kerana respon dari teman teman yang saya dah kenal lama memang positif. Dari segi produk, Shaklee menawarkan apa yang mereka sangat perlukan (memenuhi keperluan keseimbangan nutrisi, produk alami/semulajadi). Dari segi bisnes, juga menawarkan insentif yang bagus lebih lebih lagi keadaan Jakarta yang sentiasa traffic jammed/macet, perjalanan pulang pergi ke pejabat yang lama dan sesak, mempunyai bisnes yang mudah dijalankan online memang dambaan semua orang.
Aceh gang re-united in Jakarta. Welcome all of you..really nice to meet you

Peluang di Indonesia memang peluang pendapatan pasif. Marketnya masih tidak terusik. Cuma perlukan ketekunan dan kesabaran. Beratus juta orang di Jakarta yang well connected dengan internet bersedia untuk dibantu.....I am strategizing nowwww..

NEXT : Percutian kami yang dijangka boring bertukar menjadi FUN!

2 comments:

  1. kene bincang lebih lanjut ini dongg :)

    ReplyDelete
  2. tahniah... tu satu perkembangan yang baik... walau Indonesia sinonim dengan kemiskinan tapi dari segi ekonomi dianya yang terbesar di Asia Tenggara... tak boleh ketepikan... Shaklee bukan syarikat pertama yang berkembang ke sana dari Malaysia

    ReplyDelete

komen di sini!