Sunday, March 08, 2015

malam isnin yang semakin bahagia

setahun lebih dulu. waktu ni..

rasa penat sangat..
sebab baju kerja sendiri dan suami belum gosok
baju anak belum sorting
susu EBM tak cukup.
alamatnya malam karang tak tidur mengepam
teringat, besok ada meeting jam 9 pagi
benda yang nak dilaporkan tu tak berapa siap lagi
pastu terpikir boleh ke sampai ofis untuk meeting jam 9
jammed pagi isnin memang haru
pukul berapa nak bangun?
hadoi pinggan tak basuh lagi
baju yg basuh tadi belum sidai..
ohya, baby pula demam
nak ke nurseri terima kalau dah demam
meeting penting ni tak boleh ambil cuti
cuti pun bukannya ada dah
anak masuk hospital seminggu haritu dah habis cuti
penatttt....

Sekarang ni
Saya cuma perlu siapkan satu entri blog sebelum tidur yang indah
besok pagi saya cuma perlu siapkan barang anak dan suami
siapkan breakfast mereka
dan hantar mereka di muka pintu
lepas tu boleh start sponging baby yang demam
sambil layan order dan bisnes group di telefon bimbit
rasa bahan untuk nasi tomato cukup ni
apa yang tak siap malam ni sentiasa boleh dibawa ke pagi esok
sebab saya bangkit jam 5-pagi
untuk bersama-Nya
kemudian hadap bisnes sikit sebelum anak pula bangun

Akhir bulan, income tak sama macam bulan lepas
ikutlah berapa banyak kami fokus
yang penting tak pernah sama macam gaji bekerja

ALHAMDULILLAH :)
Join kami dalam #projek2ribu

2 comments:

  1. alhamdullilah... walau sibuk cemana pun ada income banyak... gitulah hidup ada lebih ada kurang... kalau dah berhasil betul nanti boleh lah agaknya nak pakai maid...

    ReplyDelete

komen di sini!