Tuesday, May 26, 2015

7 cara untuk kuasai persaingan MLM secara ONLINE

DISCLAIMER: Post ini hanyalah untuk mereka yang membina empayar bisnes MLM yang sah (tanpa headhunting, lebih 10 tahun "hidup", bukan skim piramid atau skim cepat kaya)


Dalam persaingan bisnes MLM secara online, apa yang menentukan anda di hadapan bukan lah apa yang anda tahu dan siapa yang anda kenal..akan tetapi SIAPA YANG KENAL ANDA. Ini dipanggil FOLLOWERS. Ingat, people never join the business, people join you!

Objektif game bisnes ini adalah membangunkan LIST/DATABASE, so NUMBERS MATTER. Lebih besar list terbina, lebih bermakna kehadiran anda dalam persaingan bisnes. BISNES anda tiada NILAI tanpa adanya database (quote: Sifu Eiman)....

"MLM IS A NUMBERS GAME"

Untuk mendapatkan NOMBOR itu, ia harus disertai kerja keras. "Rome tidak dibina dalam masa sehari uols". Even MLMer yang dah bergelar jutawan pun masih mempunyai list atau senarai prospek, mereka tidak pernah berhenti membina.

Bagaimana nak jadi seperti mereka? Tetapi dalam persaingan online?

1. Mudahkan  pengunjung blog anda untuk "subscribe"
Borang yang mudah diisi. period. tak perlu dapatkan apa apa selain nama dan alamat email. Cuba fikir, mereka sign up kerana mereka mahu. Kalau minta macam macam anda akan membuatkan mereka melarikan diri sahaja.

2. Mudahkan subscribers untuk "unsubscribe"
Satu hari, followers anda mungkin dah bosan dan nak move on. Kalau anda asyik hubungi mereka, anda akan menjadi seorang spammer berjaya. So, dalam setiap mesej yang dihantar kepada mereka, letakkan footnote :macamana nak unsubscribe.

3. Offer "Rasuah Beretika" - Informasi yang Berharga sebagai "bayaran" kepada contact/information mereka.
Laporan PERCUMA, Ebook PERCUMA, Training separa, Webinars, Audio Series, Newsletter harian/mingguan adalah antara cara yang paling bagus untuk ini. Pastikan anda berikan sesuatu yang unik, berharga dan dihasilkan dengan baik.

4. Selesaikan Masalah Pengunjung Blog/FanPage
Jika blog anda adalah public, pastikan ia memberi solusi yang dicari cari, dan akhirnya pengunjung akan mengulang kunjungan untuk dapatkan lebih banyak informasi. Pastikan mereka boleh subscribe kepada RSS Feed dari blog anda.

5. Libatkan diri dalam forum dan perbincangan dalam group group yang relevan kepada NICHE anda
Contohnya: anda ingin menjual set Pre Natal, libatkan diri dalam group ibu ibu hamil, dan aktifkan diri anda dalam perbincangan (BUKAN MENJUAL). Jangan lupa sertakan link kepada blog anda di akhir setiap mesej (sebagai footer). Jangan spamming, tagging dan menjual. BIG NO!

6. Jangan dedahkan semua informasi, sikit sikit saja tak apa
Anda boleh usik usik mereka dengan headline yang mengujakan tapi misteri seperti " Rahsia Pinggang Ramping Terbongkar..ketahui bagaimana xxx mengurangkan xxkg dalam masa xx bulan" untuk mereka sertai list anda secara pantas.

7. Sense of urgency
Guna tarikh tamat, deadlines untuk memotivasikan pengunjung terus menyertai list anda. Tak payah nak complicated sangat, cuma nyatakan offer Ebook percuma ini akan berakhir pada sekian sekian tarikh. Secara psikologinya, prospek anda akan terpaksa join list anda secepat mungkin.

Mudah tak??

xoxo
Aishah Amin
The CEO Momma

No comments:

Post a Comment

komen di sini!