Monday, June 01, 2015

3 cara untuk jadi gembira sentiasa



Kita semua kenal sekurang kurangnya seorang yang macam ni kan? Seseorang yang bila dia buka mulut je tak sah mesti apa yang keluar tu complaint, alasan, mengumpat, tak puas hati, negatif. Dan kita sering fikir dalam hati, "haiii kalau lah si dia ni positif sikit dengan life, mesti dia boleh berjaya tak kisah la dalam personal life atau kerjaya". Persoalannya, Bagaimana ya kita nak kekal positif dalam dunia yang penuh manusia manusia negatif, dan cerita cerita "Di celah celah kehidupan" mereka?

OK ada 3 idea dari saya!

1. Keep the Right Company
Ini memang terbukti tau, minda negatif ni sebenarnya berjangkit jangkit. Dan yang sedihnya penyakit negatif ni merebak lagi cepat dari wabak H1N1. HAHA..kalau tak percaya cuba letak satu gosip yang busuk pasal seseorang dekat ofis pagi2, belum petang lagi semua dah tau ya..Jadi cara untuk kekal gembira ialah pilih circle yang positif, gembira, ada impian besar, rajin, kurang complaint, kurang mengumpat....lama lama kita pun akan menjangkit positif, dan gembira. Sama juga dengan timeline Facebook anda. Kalau timeline dipenuhi dengan kisah kisah sedih, mengeluh, komplen, makian, cercaan, mungkin anda mempunyai circle yang SALAH. Time to clean up your friends list maybe???

2. Do your best and Enjoy the Rest
Apa pun kita lakukan, kita wajib lakukan dengan 200% komitmen. Kunci nya adalah lakukan sahaja tanpa kisah apa kana terjadi kalau kita buat gini buat gitu. Kadang2 memang akan tak puas hati dengan apa yang terhasil tapi, so what, people fail!..Bulan ni saya banyak rasa hesitant nak buat itu dan ini..memang terasa lah negatif nya, dan satu apa pun tak gerak. The key is to live in the moment!

3. Laugh More
Tau tak, bila kita bergelak ketawa sikit, ia sangat teraputik..dan kajian mendapati, pesakit kanser pun boleh hidup lebih lama. Yang tua pun boleh tampak lebih muda. Sekarang ni masa bergelak ketawa saya lebih dengan anak anak. Keletah mereka memang sangat mencuit hati, dan buat saya sangat tenang dan content. Even dengan rakan bisnes pun saya tak stress sangat pun, just melawak je..dalam serius..amboi nak buat duit, kena la serius dalam lawak ye takkkkk...

That's all from me today
toodles!


1 comment:

  1. Salam Jumaat...Salam ukhuwah dari BUNDA...

    ReplyDelete

komen di sini!